Jurulatih Kanan : Salina Ibrahim


	salinaibrahim

Puan Salina Ibrahim adalah seorang yang cukup berpengalaman dalam bidang penulisan fiksyen. Seorang lulusan sarjana muda syariah dari Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Menceburi bidang editorial dan penerbitan sejak 15 tahun lalu.

Bermula sebagai editor di Sasbadi Sdn. Bhd. sebelum berpindah ke Kumpulan Karangkraf dengan jawatan yang sama. Sekarang memegang jawatan sebagai Editor Kumpulan Majalah Islam di Kumpulan Karangkraf.

Alumni Minggu Penulis Remaja Dewan Bahasa dan Pustaka. Sudah menulis 6 buah novel antaranya Mahligai, Anjung Warisan, Untukmu Hana dan yang terakhir Bukan Yang Pertama terbitan PTS Litera Utama Sdn. Bhd.

Sering dijemput mengendalikan bengkel-bengkel penulisan novel dan fiksyen. Merupakan jurulatih kanan di Akademi Penulis.