Mohd Ikram Muhammad Nor Wazir adalah graduan Universiti Islam Antarabangsa dalam bidang ekonomi. Menceburi bidang penerbitan buku sejak tahun 2006 sebagai editor perolehan di PTS Millennia Sdn. Bhd. Kemudian di atas kecemerlangan beliau dilantik menjadi editor kanan pada tahun 2008. Sekarang menjadi pemangku pengurus PTS Millennia Sdn. Bhd.
Sering dijemput menyampaikan ceramah motivasi pembangunan diri. Menjadi penceramah alam sekitar untuk beberapa badan korpora antaranya Fraser & Neave. Beliau adalah juga jurulatih di Talent Development Consulting.
Di Akademi Penulis beliau adalah jurulatih kanan penulisan untuk bengkel penulisan laporan tahunan, bengkel tesis kepada bestseller dan bengkel penulisan surat, minit mesyuarat dan memorandum.
