MOSTI Melahirkan 25 Orang Warga Kerja Berkemahiran Menulis dalam Bahasa Melayu

17 Mei 2017- Seramai 25 orang warga kerja Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi menghadiri kursus selama 2 hari iaitu daripada 16 hingga 17 Mei 2017. Kursus bertempat di Bangunan Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji, Putrajaya ini bertajuk Kursus Penulisan, Penyuntingan dan Pemurnian Teks Bahasa Melayu.

Kursus ini dikendalikan oleh 2 orang pakar penulisan yang didatangkan khas oleh Akademi Penulis, Tuan Fauzul Na’im Ishak, Pengarah Penerbitan PTS Media Group Sdn Bhd dan Puan Mazniza Mohd Nor, Pengurus Penerbitan Legacy Publishing.

Bengkel ini mendedahkan kepada para peserta kaedah terkini penulisan gaya baru. Tuan Fauzul Na’im memperkenalkan Teknik Penulisan KJ Metode. Teknik yang diadaptasikan daripada teknik ‘affinity diagram’ ini memudahkan proses pengumpulan dan penyusunan idea secara kreatif dan sistematik.

Puan Mazniza Mohd Nor berkongsi pengalaman menyunting teks-teks bahasa Melayu dalam artikel sains dan teknologi. Beliau sudah menjadi editor lebih daripada 5 tahun.

Antara pandangan peserta mengenai program ini.

 

About The Author

Pentadbir Akademi Penulis

Akademi Penulis Sdn. Bhd. (Akademi Penulis) adalah sebuah syarikat milik penuh bumiputera yang mengkhusus dalam bidang latihan dan pembangunan penulis. Dahulunya Akademi Penulis bermula daripada sebuah laman blog www.akademipenulis.com milik En. Fauzul Na’im Ishak. Beliau adalah seorang penerbit buku, penulis dan jurulatih pembangunan penulis. Di blog ini dikongsikan pengalaman harian beliau berkecimpung dalam bidang penulisan dan penerbitan buku. Blog itu dinaik taraf menjadi portal akademi virtual dan menawarkan kursus dalam bidang penulisan di bawah jenama syarikat, B Pro Management & Training. Bermula 10 Mac 2009, Akademi Penulis sudah berstatus Sdn. Bhd. Akademi Penulis dibangunkan di bawah satu sistem latihan bersepadu gabungan kepakaran para pakar dalam industri buku Malaysia. Para mentor dan jurulatih Akademi Penulis adalah di kalangan pengamal industri. Ini berbeza dengan program pembangunan penulis lain yang dianjurkan oleh para ahli akademik. Mereka ini mempunyai ilmu akademi yang tinggi tetapi tidak pernah mengaplikasikannya. Kami di Akademi Penulis adalah dari kalangan orang yang mengamal dan terjun secara langsung dalam bidang ini. Mengetahui pahit maung dunia penulisan dan penerbitan buku. Taktik, strategi, kaedah pemasaran, kaedah penulisan dan apa sahaja di sini sudah diuji keberkesanannya.

Mari Berdiskusi Di Sini