Mini Seminar Jana Wang Dengan Menulis 1/2010 adalah mini seminar pertama dianjurkan oleh Akademi Penulis Sdn. Bhd. Yang lebih menarik ia juga adalah program pertama anjuran Akademi Penulis diadakan selama separuh hari dan julung-julung kali diadakan dalam bulan Ramadhan. 3 keistimewaan dalam sebuah program. Ia diadakan pada 28 Ogos 2010 dan dihadiri oleh 18 orang peserta daripada seluruh pelosok negara.
3 elemen penting yang disampaikan oleh jurulatih utama Akademi Penulis, Tuan Fauzul Na’im Ishak adalah kepercayaan negatif masyarakat Malaysia terhadap dunia penulisan, bagaimana memilih bidang penulisan dan dari mana datangnya wang dalam menulis. Ini membuka mata kesemua peserta mengenai dunia penulisan dan penerbitan buku Malaysia. Bengkel seterusnya adalah Bengkel Fast Track Penulisan Popular yang akan diadakan pada 2 Oktober 2010.
