Mini Seminar Jana Wang Dengan Menulis 28 Ogos 2010, Pengenalan Kepada Dunia Penulisan

Mini Seminar Jana Wang Dengan Menulis 1/2010 buat julung-julung kalinya bakal diadakan pada 28 Ogos 2010. Yang menariknya inilah program pertama Akademi Penulis yang diadakan di tengah-tengah kemeriahan kita berpuasa Ramadhan. Suatu program yang sudah dirancang untuk mengisi bulan mulia ini.

Mini seminar ini bertujuan memberikan pendedahan kepada orang awam mengenai dunia penulisan. Masyarakat sering dimomok-momokkan dengan pelbagai perkara yang negatif mengenai dunia penulisan. Buat apa mahu menulis, orang Malaysia tidak membaca. Buat apa mahu menulis, tulis buku tidak boleh menjana pendapatan. Buat apa mahu menulis, buku sekarang sukar hendak dijual. Ini antara pernyataan negatif yang memberikan gambaran buruk mengenai dunia penulisan.

Namun begitu realiti sebenarnya tidak begitu. Inisiatif Akademi Penulis mengadakan mini seminar bagi memberikan pandangan dan persepsi baru mengenai dunia penulisan. Persepsi yang bakal mengubah hidup para penulis dan bakal penulis. Hasil daripada itu diharapkan dapat menjadikan dunia penulisan suatu dunia harmoni dengan wujudnya lebih banyak karya diterbitkan dalam pasaran.

3 modul bakal dibentangkan oleh Tuan Fauzul Na’im Ishak , jurulatih utama Akademi Penulis. Boleh rujuk ke ruangan Program Pembangunan Penulis dibahagian atas laman web ini untuk mendapatkan perinciannya. 3 modul yang bakal mengubah diri semua peserta yang hadir.

Yang lebih menarik, dalam masa kurang daripada 4 hari pelancaran pendaftarannya seramai 16 orang sudah mendaftar diri dan hanya tingga 12 tempat sahaja lagi. Yuran program kali ini adalah yang termurah dalam sejarah Akademi Penulis. Hanya RM100 sahaja. Bagi yang berminat untuk hadir boleh mendaftar secara online di www.tinyurl.com/miniseminar28ogos.

Bertindak sekarang sebelum tempat penuh. Mini seminar akan diadakan di BilikTraining.Com. Ia bermula jam 9 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Speak Your Mind

*