Mengenai Akademi
Selamat Datang Ke Akademi Penulis
Dunia penerbitan dan penulisan Malaysia berkembang dengan baik dari hari ke hari. Dahulunya hanya ada beberapa sahaja kedai buku ternama di sini, namun begitu sekarang berpuluh. Kedai-kedai buku berantai yang muncul mewarnai wajah dunia buku Malaysia dengan pilihan judul pelbagai. Kewujudan kedai-kedai buku super di bandar-bandar besar memberikan impak hebat kepada budaya membaca di Malaysia.
Walaubagaimanapun, perkembangan kedai-kedai buku besar ini tidak selari dengan penghasilan tajuk-tajuk baru yang berkualiti. Ini disebabkan oleh dua faktor iaitu kurangnya penulis-penulis baru dan kurangnya penghasilan buku dari penerbit tempatan. Kedua-dua faktor ini saling berkaitan dan amat mendesak di Malaysia.
Pihak Perpustakaan Negara Malaysia pernah mengumumkan keperluan judul buku baru di Malaysia adalah 20,000 judul setahun. Namun begitu penghasilannya di bawah 10,000 naskhah sahaja. Usaha perlu digembleng bagi memastikan dunia buku Malaysia menjadi harmoni dengan lebih banyak judul-judul buku dengan wujudnya lebih banyak pengarang berkualiti dan hebat.
Apakah Itu Akademi Penulis?
Akademi Penulis diwujudkan bagi menyahut cabaran ini. Ia dibangunkan di bawah satu sistem latihan bersepadu gabungan kepakaran para pakar dalam industri buku Malaysia.












