Mengapa Kita Perlu Menulis?

February 4, 2007 by Fauzul Naim Ishak  
Filed under Motivasi

Saya bertemu dengan seorang pensyarah di sebuah IPTA di sebelah utara tidak berapa lama dahulu. Penulis ini menghubungi saya menyatakan hasrat menerbit buku dengan syarikat saya PTS Millennia Sdn Bhd. Beliau mengajar subjek Sejarah di pusat pengajian jarak jauh.

Semasa saya bersembang dengan beliau saya sedikit sebanyak mengetahui situasi dan latar belakang beliau. Beliau sudah menerbitkan 20 buah buku dengan pelbagai penerbit. Antaranya Dewan Bahasa dan Pustaka, Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd dan beberapa penerbit lagi. Yang menariknya pensyarah ini sudah berkhidmat selama lebih daripada 20 tahun di IPTA ini tetapi masih belum dinaikkan pangkat kepada Prof. Madya ataupun Profesor. Pelik kerana kebanyakan pengarang yang saya jumpa motivasinya untuk menulis adalah kenaikan pangkat.

Saya bertanya kepada beliau

Apakah yang memotivasikan Dr. untuk menulis?

Beliau menjawab

Fauzul! Saya ini sudah tua dan mungkin saat ini, hari ini, esok ataupun lusa akan mati. Apabila saya mati sudah tentu ilmu yang saya ada juga mati bersama saya. Namun apabila saya menulis dan mati, ilmu saya tetap hidup. Saya tetap menjadi guru kepada orang lain walaupun saya mati. Inilah ilmu yang bermanafaat buat saya bertemu dengan Tuhan nanti.

Teruja saya mendengar kata-kata yang penuh ikhlas daripada mulut pensyarah ini. Kita pula di mana ilmu bermanafaat bekalan kita di akhirat kelak?

Hasil Perkongsian :

Fauzul Naim Ishak
Pengasas/Mentor Utama
AkademiPenulis.Com : Transformasi Dunia Dengan Perkataan
fauzul@bookpro.my

Terkini Dari Setiap Kategori

Share and Enjoy:
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google

Comments

2 Responses to “Mengapa Kita Perlu Menulis?”

  1. din on February 12th, 2007 6:41 pm

    assalamualikum,
    syabas dan tahniah,selama ini saya dok cari blog penulisan dlm bahasa melayu tapi tak jumpa! so saya dok rujuk yang omputih punye! alhamdulilah ari ni terrjumpa blog saudara

  2. Fauzul Na'im on February 12th, 2007 10:06 pm

    Terima kasih di atas sokongan yang diberikan. InsyaAllah kita sama-sama berkongsi pengalaman dan pendapat.

Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!