Memberi Makna Kepada Penulisan
Tempoh hari saya berpeluang duduk berdiskusi dengan pasukan penulis-penulis di bawah pengurusan RK Training. Kami berdiskusi dan membuat brainstorming produk buku yang bakal ditulis oleh pasukan ini. Banyak perkara menarik keluar daripada perbincangan tersebut yang ingin saya kongsikan bersama semua.
Dalam dunia penulisan seseorang penulis seharusnya boleh menjawab 3 soalan mengenai penulisannya iaitu :
- Mengapakah dia ingin menulis
- Apakah sebenarnya yang ditulis
- Apakah impak yang ingin dia lihat apabila orang membaca karya dia tulis
Ketiga-tiga soalan ini nampak gaya seperti mudah, namun begitu bagi seorang penulis menjawabnya agak sukar. Ada sesetengah penulis dia menulis hanya untuk menulis. Mereka tidak melihat kepada bagaimana memberikan makna kepada penulisan. Dalam kata lain tiada apa-apa perjuangan daripada penulisannya itu.
Pada pandangan peribadi penulisan tanpa makna ataupun perjuangan adalah penulisan sia-sia. Ia tidak boleh digolongkan di dalam segmentasi buku ilmu membumi. Seorang penulis yang baik adalah penulis yang mempunyai visi dan misi dalam penulisannya.
Beliau mempunyai perjuangan tersendiri yang hanya dia rasa perlu lakukan. Apabila penulisan itu mempunyai perjuangan, ia menulis bukan dengan otak semata-mata tetapi dengan hati. Penulisan dengan hati lebih mudah meresap ke hati sanubari pembaca. Inilah jenis penulisan yang memberikan makna.


18. Jan, 2008 








Sayapun ingin sertai kumpulan akademi penulis ini bagaimana? Sila hubungi saya segera.. Terima kasih.
Tidak ada masalah, boleh langsung ikuti laman web ini. Itu maksudnya sudah sertai Akademi Penulis
Assalamualaikum Tuan,
saya bersetuju dengan pendapat Tuan.Apakan daya,usia muda dan ketidakmatangan merencatkan penulisan dari hati itu.
Tidak Tuan, ia banyak bergantung kepada pembacaan kita. Lebih banyak kita membaca, lebih tinggi daya intelek kita. Ini menyebabkan bahan tulisan kita lebih matang.