Makan Buku Tidur Buku Mandi Buku
September 13, 2007 Oleh Fauzul Naim Ishak
Filed under Teknik
Saya baru pulang daripada Jakarta. Di sana saya melawat ke 3 toko buku besar Jakarta iaitu Gramedia Matramann, Toko Buku Wali Songo dan Toko Buku Gunung Agong.
Gramedia Matramann
Gramedia Matramann adalah toko buku terbesar di Jakarta. Boleh dikatakan koleksi buku di sini adalah yang paling lengkap di Indonesia. Ia terletak di jalan Matramann Raya. Saya dan Ustaz Mohd Zawawi Yusoh menginap di Hotel Grand Menteng, sebuah hotel 3 bintang di daerah Menteng ini. Jarak di antara hotel ke Gramedia Matramann adalah 200 meter sahaja. Tujuan utama saya memilih untuk tinggal di hotel kerana jaraknya berdekatan dengan Gramedia Matramann.
Gedung buku ini memang amat mengagumkan. Berdiri dengan bangunan tersendiri. Bangunan 4 tingkat ini pada pandangan saya besar berkali ganda daripada kedai-kedai buku di Malaysia. Rekabentuk unik dengan kemudahan cafe Dunkin Donut menggamit sesiapa sahaja untuk bertandang.
Kami ke sana sebaik sahaja mendaftar masuk ke hotel dan makan tengah hari di restoran nasi padang berdekatan pada 10 September 2007. Selepas melepaskan lelah sebentar tersekat di dalam ke’macet’an perjalanan. Hampir sejam dalam perjalanan daripada Bandara (Lapangan Terbang) Soekarno Hatta ke hotel. Kami menuju ke Gramedia Matramann. Masuk sahaja ke dalam bangunan memang terasa teruja dengan koleksi buku-buku yang cukup banyak dan menarik judul-judulnya.
Ustaz Zawawi rambang mata dengan koleksi buku pembangunan diri yang dirasakan mengenyangkan.
Saya pula berjalan dan berlibur ke seksyen-seksyen buku bisnes. Di samping itu saya mencari ruang untuk bertemu dengan pengurus kedai buku tersebut. Namun begitu wakilnya, penyelia kedai yang datang melayan saya. Banyak maklumat yang saya peroleh daripada beliau. Antaranya pelancaran buku Ann Wan Seng, Rahsia Bisnes Orang Cina yang diterjemahkan ke bahasa Indonesia diadakan di sana. Di samping itu dimaklumkan kepada saya bahawa Gramedia merancang bagi membuka cawangan toko bukunya di Malaysia, Singapura dan Brunei dalam tahun 2008. Ini berita menarik dan mendebarkan. Maklumat jualan yang diberikan kepada saya dinyatakan bahawa jualan buku pada bulan Ramadhan setiap tahun selalunya meningkat berbanding bulan biasa.
Maklumat-maklumat ini memberikan satu indikator menarik perusahaan buku Indonesia. Saya lihat di kedai buku ini, pengunjung-pengunjungnya memang lapar buku. Mereka membuka buku umpama hendak memakannya sampai kenyang. Yang baca sambil berdiri, sambil duduk, bertinggung dan sebagainya. Yang menarik lagi, di sini menjadi tempat temujanji antara kekasih. Boleh lihat banyak pasangan daripada remaja hingga dewasa berada di sana.
Sedar tidak sedar saya berada di sana bersama Ustaz Zawawi lebih 5 jam. Bermula daripada 2 petang hingga 7 malam. Bersambung
Hasil Perkongsian :Fauzul Naim Ishak
Pengasas/Mentor Utama
AkademiPenulis.Com : Transformasi Dunia Dengan Perkataan
fauzul@bookpro.my
Terkini Dari Setiap Kategori
- Aktiviti/Pengumuman: Seminar Jana Wang Dengan Menulis 17 Januari 2009 - August 10th, 2008
- Dari Pejabat Akademi: Hotel Vistana Kuala Lumpur, Tempat Berlangsungnya Seminar Jana Wang Dengan Menulis 17 Januari 2009 - August 21st, 2008
- Jadi Bestseller: Pengarang Tempatan VS Pengarang Antarabangsa - May 13th, 2008
- Motivasi: Temu Ramah Eksklusif Bersama Tuan Haji Ahmad Fadzli Yusof - August 22nd, 2008
- MQ TV: [VIDEO] Ceramah Pelesenan Hak Cipta di PBAKL 2008 Episod 2 - May 16th, 2008
- Teknik: Memberi Makna Kepada Penulisan - January 18th, 2008
- Utama: Temu Ramah Eksklusif Bersama Tuan Haji Ahmad Fadzli Yusof - August 22nd, 2008
Artikel Lain Dalam Kategori Teknik
- Memberi Makna Kepada Penulisan - January 18th, 2008
- Konsep Berdasarkan Tujuan - January 11th, 2008
- Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Konsep Buku? - November 28th, 2007
- Perkara Teknik Untuk Pembaca Yang Berfikir - November 21st, 2007
- Tip Menulis 3 : Cari & Jumpa Penerbit - November 5th, 2007












saudara,
Memang Gramedia mempunyai rangkaian kedai yang banyak, besar serta lantai nan luas yang tiada tandingan di Indonesia. Malah tempat yang saudara gambarkan itu pun tiada tandingannya di Malaysia.
Kehebatan Gramedia pasti lebih ketara sekiranya bangunan barunya setinggi 27 tingkat yang kini dalam pembinaan di tapak gedungnya di Jalan Palmerah Selatan itu siap nanti.
Namun sebarang usahanya untuk membuka kedai di negara kita tidak mengembirakan saya. Saya kesal kerana sehingga kini Indonesia tidak membenarkan buku kita masuk secara terus ke sana seperti yang kita benarkan keatas buku mereka.
Buku PTS pun terpaksa dilesenkan di sana terlebih dahulu untuk pasaran Indonesia. Lihatlah lambakan buku mereka di sini mana ada ayat `dilesenkan`. Bagi saya laluan buku kita di sana umpama melalui `lorong tikus` sedangkan buku mereka melempah ruah masuknya umpama melalui lebuh raya enam lorong Kuala Lumpur-Seremban.
Saya mahu Jakarta didesak supaya membenarkan buku kita masuk secara langsung seperti mana yang kita lakukan keatas buku mereka barulah kita izinkan mereka membuka kedai buku di sini.
SETUJU 100 %