Pada 28 Ogos 2010 pihak Akademi Penulis mendapat kunjungan rasmi daripada Majalah Potensi. Majalah Potensi adalah sebuah majalah yang menfokuskan kepada dunia bisnes dan pembangunan diri. Ia memberikan pelbagai info dan maklumat yang berkualiti dan sesuai dibaca mereka yang berminat mengetahui rahsia kejayaan usahawan, pakar bidang, orang perseorangan dalam membentuk diri sendiri.
Rombongan diketuai oleh Puan Salno Abdullah, Timbalan Ketua Pengarang Majalah Potensi berserta dua krew. Akademi Penulis diwakili Tuan Fauzul Na’im Ishak, jurulatih utama Akademi Penulis, Puan Nurulhilyati Abdul Halim, Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Fauzul Na’im dan jurulatih kanan Akademi Penulis, Tuan Zamri Mohamad. Perbincangan dua hala di antara kedua-dua pihak menghasilkan kerjasama strategik. Majalah Potensi akan menjadi rakan media untuk Akademi Penulis. Akademi Penulis akan menjadi antara penyumbang utama artikel berkualiti untuk Majalah Potensi. Artikel ini datang daripada para jurulatih dan para ALUMNI Akademi Penulis.

Di samping itu juga Akademi Penulis akan mengedarkan Majalah Potensi kepada semua peserta yang hadir di dalam mana-mana program anjuran Akademi Penulis. Ini diberikan sebagai salah satu bahan sampingan di dalam beg peserta. Artikel pertama sumbangan Akademi Penulis diterbitkan dalam Majalah Potensi edisi September 2010. Dapatkannya di pasaran.

