Bengkel Transformasi Tesis Kepada Buku Bestseller

TARIKH: 16  HINGGA  17 JULAI 2010

TEMPAT: PUSAT LATIHAN AKADEMI PENULIS WANGSA MELAWATI

HANYA UNTUK 10 PESERTA SAHAJA

Bengkel Daripada Tesis kepada Bestseller ini dibentuk hasil daripada pengamatan dan pengalaman para pakar penulisan Akademi Penulis dalam mengendalikan penerbitan buku di pasaran buku Malaysia. Sememangnya tidak mustahil untuk menghasilkan buku-buku bestseller daripada tesis asalkan ia dialihkan dengan sistem dan kaedah yang betul. Namun ramai yang kecundang dalam proses mengalihkan tesis kepada buku hanya kerana kurangnya pengalaman dan sokongan daripada pihak berpengalaman.

Justeru, kehadiran Akademi Penulis Adalah bagi membantu mengisi vakum itu. Melalui 10 modul  Daripada Tesis kepada Bestseller, kami percaya peserta akan diberikan curahan pengalaman, teknik, rahsia, tip dan saranan untuk menjadi tesis mereka kepada buku yang berpotensi menjadi bestseller.

Konsep

Secara amnya, konsep yang akan digunakan sepanjang perlaksanaan bengkel ini adalah berkonsep latihan praktikal berkumpulan. Antara pendekatan dan teknik yang digunakan adalah:

a) Pembentangan perunding

b) Aktiviti

c) Dinamika kumpulan, perbincangan dan persembahan

d) Penilaian diri pra dan pasca latihan

e) Pelan tindakan, pemantauan dan penilaian

Soal-selidik dan kajian sebelum latihan akan memastikan tahap kesediaan peserta (Trainee Readiness), supaya impak program dapat dimaksimumkan.

Kami menerapkan dua prinsip asas dalam bengkel iaitu;

1) Belajar daripada pengalaman (experiental learning)

2) Belajar dengan hati gembira (learn with fun)

Ia merangkumi aktiviti berkumpulan secara integrasi. Kami percaya dengan proses pembelajaran praktikal dan menyeronokkan, maka kesan bengkel lebih bermakna.

Objektif

Objektif bengkel ini adalah seperti berikut:

a) Mendedahkan rahsia dan teknik memindahkan tesis kepada manuskrip yang sedia untuk diterbitkan kepada individu yang mempunyai tesis pasca sarjana mahupun ijazah doktor falsafah.

b) Melatih  individu yang mempunyai tesis pasca sarjana mahupun ijazah doktor falsafah bagi menaik taraf tesis menjadi buku bestseller.

c) Melatih para editor, penulis dan individu berkaitan bagi memahami anatomi memindahkan tesis pasca sarjana mahupun ijazah doktor falsafah menjadi buku yang sedia untuk diterbitkan

Tentatif Program

HARI PERTAMA

3.30-4.30 ptg.    : Modul 1 : Motivasi Penulisan

5.00-6.00 ptg.    : Modul 2 : Hak Penulis & Hak Cipta

8.30-1.30 malam    : Modul 3 : Penarafan Universiti Dunia dan Penyelidikan & Penulisan

HARI KEDUA

8.30-10.30 pagi    : Modul 4 : Memahami Bestseller & Anatomi Buku Bestseller

11.00-12.30 tgh.: Modul 5 : Proses Penerbitan Buku

2.30-4.30 ptg.    : Modul 6 : Teknik Pemindahan Tesis kepada Buku Bestseller

5.00-6.00 ptg.    : Modul 5 : Membedah Buku Bestseller yang Asalnya Tesis

8.30-10.30 malam: Modul 7 : Membedah Tesis untuk Dijadikan Buku Bestseller

HARI KETIGA

8.30-10.30 pagi    : Modul 8 : Pengubahsuaian Awalan, Isi dan Akhiran Tesis kepada Buku

11.00-12.30 ptg.: Modul 9 : Pengubahsuaian Pakej Tesis kepada Pakej Buku Bestseller

2.30-4.30 ptg.    : Modul 10: Memahami Ekonomi Penerbitan Tesis kepada Buku Bestseller

TARIKH
TEMPAT
JURULATIH
STATUS
25 hingga 27 Jun 2010 Ruang Latihan Akademi Penulis Tuan Fauzul Na’im Ishak & Tuan Ikram Wazir TAMAT
16 hingga 17 Julai 2010 Ruang Latihan Akademi Penulis Tuan Fauzul Na’im Ishak & Tuan Ikram Wazir Pendaftaran dibuka sekarang

Berminat?

HANYA UNTUK 15 ORANG PESERTA SAHAJA! Hubungi sekarang, 0136288614 ataupun 0341492560 ataupun emailkan kepada latihan@akademipenulis.com. Bertindak sekarang, tempahkan tempat untuk Anda sebelum terlewat.

Siapa Pengendali Bengkel?

1) TUAN FAUZUL NA’IM ISHAK, Jurulatih Utama Akademi Penulis

fauzul.jpg Beliau adalah Pengurus Besar Jabatan Penerbitan Kumpulan PTS dan pengasas Akademi Penulis Sdn. Bhd. Beliau berpengalaman 10 tahun dalam bidang penerbitan dan penulisan buku. Menguruskan 8 anak syarikat kumpulan PTS yang menjalankan penerbitan buku dalam pelbagai bidang.  Beliau juga sudah melatih lebih daripada 1,000 orang penulis dalam dan luar Malaysia. Antara para pelanggan yang menjemput beliau Dewan Bahasa & Pustaka Malaysia, Ikatan Penerbit Indonesia DKI Jakarta, Dewan Bahasa & Pustaka Brunei, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Sumber Manusia Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia

2) TUAN MOHD IKRAM WAZIR, Jurulatih Kanan Akademi Penulis

ikramw Beliau adalah Pengurus Penerbitan PTS Millennia Sdn. Bhd. yang menerbitkan buku-buku bacaan umum di Kumpulan PTS. Mempunyai pengalaman menguruskan penerbitan pelbagai jenis buku umum popular yang kebanyakannya menjadi bestseller. Menjadi jurulatih untuk Akademi Penulis bagi kursus penulisan berformat seperti Bengkel Tesis Kepada Buku Bestseller, Bengkel Penulisan Surat Rasmi, Minit Mesyuarat dan Memorandum dan Bengkel Penulisan Laporan Tahunan.

Yuran Penyertaan

Hanya *RM950 sahaja (Ringgit Malaysia Sembilan Ratus Lima Puluh Sahaja

*Yuran termasuk makan dan minum sebanyak 5 kali sehari, modul pembelajaran, peralatan bengkel dan yang lebih menarik 5 bonus daripada Fauzul Na’im Sdn. Bhd.

Jaminan Pulangan Wang

Jika selepas 3 hari dua malam menghadiri bengkel ini Anda merasakan tidak mendapat sebarang input baru yang membantu Anda mengeluarkan potensi diri Anda. Anda boleh bangun dan pulangkan kesemua bahan yang disertakan dalam seminar ini kepada pihak kami. Kami akan pulangkan wang Anda dengan tanpa sebarang persoalan.

Pendaftaran untuk bengkel ini dibuka sekarang, hubungi talian Hotline Akademi Penulis 03 4149 2560 ataupun email kepada latihan@akademipenulis.com ataupun hubungi saudari Nur Atiqah di talian 012 962 8698 ataupun SMSkan FNINFO<ruang>tesiskebestseller<nama, no. kad pengenalan dan email> hantarkan ke 32886. Pegawai khidmat pelanggan kami menantikan panggilan dari Anda.

NOTA : Bengkel  ini juga boleh diadakan di tempat Anda. Pihak Akademi Penulis melalui syarikat bersekutu kami Book Pro Publishing Services adalah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia.