Mega Seminar Jana Wang Dengan Menulis

Mega Seminar Jana Wang Dengan Menulis 2011
19 Februari 2011

www.janawangdenganmenulis.com
Dewan Ilmu, Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya

Buat julung-julung kali dalam sejarah dunia penulisan buku Malaysia. 3 orang tokoh dunia buku bergabung membongkar rahsia dunia penulisan dan penerbitan buku Malaysia. Dunia yang hanya sesetengah individu atau organisasi sahaja yang tahu kehebatan dan kegemilangannya. Hanya individu yang terjun dalam dunia ini yang tahu bahawa inilah ruang menjana pendapatan pasif yang lumayan. Hanya organisasi penerbitan buku yang berubah dengan zaman, memperkenalkan pelbagai produk buku terbaik pasaran dan mesra pelanggan serta menghasilkan pelbagai buku bestseller.

Tahun 2010, beberapa catatan sejarah menunjukkan perkara ini sebenarnya realiti dan bukan fantasi.

PERTAMA: Tahun 2010 syarikat Kumpulan PTS membelanjakan RM 1.8 juta untuk membayar royalti kepada keseluruhan pengarang yang bukunya terjual pada tahun 2009.

KEDUA: Ada penulis buku yang menerima royalti 6 angka.

KETIGA: Ramai pengarang membuat keputusan untuk terjun menjadi pengarang sepenuh masa.

Ini suatu perkara yang menakjubkan. Dahulunya orang menyangka dunia penulisan ini suatu dunia membosankan, tidak seksi, kurang menarik, dunia orang akademik dan sebagainya. Namun sekarang tidak lagi. Ia dunia yang berbeza sepenuhnya.

MEGA SEMINAR JANA WANG DENGAN MENULIS 2011, mega seminar millennium baru. 3 tokoh yang bakal membongkar rahsia ini adalah:

TUAN FAUZUL NA’IM ISHAK

Pengurus besar penerbitan PTS, individu yang menjadi antara penyumbang utama kepada pembesaran syarikat penerbitan buku berbahasa Melayu no. 1 Malaysia. Dalam masa 10 tahun mereka berjaya bangkit daripada sekadar syarikat penerbitan ‘picisan’ hingga sekarang diakui sebagai antara yang terbaik dalam industri. Kebanyakan buku yang diterbitkan menjadi bestseller. Dahulunya berpejabat di pedalaman Pahang, Kampung Janda Baik hingga sekarang sudah mampu membeli 4 unit kilang bernilai jutaan ringgit. Ketahui rahsianya daripada MASTER MIND PTS ini.

TUAN ZAMRI MOHAMAD

Pengarang buku bestseller ini adalah seorang yang diiktiraf oleh Puan Ainon Mohd, pengasas PTS sebagai orang paling kreatif pernah ditemui beliau. “Pada usia 60 tahun, tentulah saya kenal banyak orang. Saya letakkan Tn. Zamri Mohd (foto) pada kedudukan No. 1 dalam senarai orang paling kreatif yang saya pernah jumpa.” kata-kata Puan Ainon Mohd. dalam facebooknya. Beliau sudah menghasilkan 18 buah buku yang berada dalam pasaran. Bukunya Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah menduduki senarai finalist untuk Anugerah Buku Popular-Berita Harian 2009. 5 daripada 31 ideanya disenarai pendek untuk menjadi calon penerima USD100,000 pertandingan 4G Global Developer Challenge. Beliau mendedahkan bagaimana beliau menjana pelbagai idea kreatif.

PUAN AIN MAISARAH

Novelis remaja no. 1 Malaysia. Seorang yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Beliau menduduki no.2 penerima royalti terbesar di PTS. Merancang untuk menjadi penulis jutawan dengan menerima royalti 1 juta ringgit dalam masa 4 tahun akan datang. Mana-mana remaja yang tidak dapat membaca karya terbaru beliau setiap kali diterbitkan merasakan hidup mereka tidak lengkap. Inilah kehebatan penulis siri buku AKU MAHU ini. Suatu fenomena dunia penulisan novel remaja Malaysia. Ketahui strategi beliau menjana pendapatan daripada penulisan novel beliau.

Gabungan ketiga-tiga tokoh ini pastinya bakal menggegar dewan Majlis Bandaraya Petaling Jaya 19 Februari 2011 nanti.

APA PENGISIANNYA?

Mini seminar ini akan membongkar 4 rahsia penting dunia penulisan. Ini akan dibentangkan dalam 4 sesi iaitu

Sesi 1: 9.00 hingga 10.30 pagi: Membongkar Rahsia Dunia Penulisan Buku oleh Tuan Fauzul Na’im Ishak
Sesi 2: 11.00 pagi hingga 1.00 petang: Jana Idea Dalam Penulisan Buku oleh Tuan Zamri Mohamad
Sesi 3: 2.30 hingga 4.30 petang: Jana Wang Melalui Penulisan Novel Remaja oleh Puan Ain Maisarah & Tuan Syaizul Amal
Sesi 4: 4.30 hingga 5.30 petang:Sidang Pleno Bersama Ahli Panel

BERAPAKAH PELABURAN?

Berapakah pelaburan yang Tuan-Tuan dan Puan-Puan sanggup bayar untuk input maha hebat di atas? RM5,000, RM3,000 ataupun RM1,000? Tuan-Tuan tidak perlu melabur sebanyak itu bagi mendapatkan tip-tip dan rahsia-rahsia hebat 3 tokoh ini. Tuan-Tuan dan Puan-Puan hanya perlu membayar RM50 SAHAJA. Ya! RINGGIT MALAYSIA LIMA PULUH SAHAJA. Harga yang tidak mungkin diperoleh di program lain anjuran Akademi Penulis. TEMPAT ADALAH TERHAD. Bertindak sekarang!

Lebih istimewa, bayaran dikurangkan dengan pendaftaran secara berkelompok. Kadar adalah seperti berikut:

RM50 bagi pendaftaran individu
RM45 per individu bagi pendaftaran berdua
RM40 per individu bagi pendaftaran 3 orang dan ke atas

BAGAIMANA MEMBUAT PENDAFTARAN DAN PEMBAYARAN?

Langkah 1, daftarkan di secara online menggunakan borang online di http://bit.ly/megaseminar2011

Langkah 2, pilih salah satu daripada kaedah di bawah:

KAEDAH 1: Bayaran akaun/ATM

Buatkan bayaran. Bayaran boleh dibuat ke akaun berikut:

CIMB Islamic Bank Berhad (CIMB)
Nama Pada Akaun: Akademi Penulis Sdn. Bhd.
No. Akaun: 14340000472103

Bank Islam Berhad (BIMB)
Nama Pada Akaun: The Next Store
No. Akaun: 12113010039294

Maybank Berhad (MBB)
Nama Pada Akaun: The Next Store
No. Akaun: 512204816142

KAEDAH 2: Bayaran menggunakan kad kredit

Bayaran melalui kad kredit (Mastercard/VISA) juga diterima. Bagi menggunakan kaedah ini para peserta perlu mengirimkan emel maklumat berikut:

Nama:
No. Kad Pengenalan:
No. Telefon Bimbit:
Emel:
Alamat:

Pihak kami akan mengirimkan satu invois elektronik berserta arahan pembayaran kad kredit. Pohon ikut arahan pada invois elektronik ini. Pembayaran menggunakan kad kredit menggunakan penyedia pembayaran dipercayai ramai NetBuilder.

*Caj sebanyak 4% akan dikenalan untuk setiap transaksi

Bayaran perlu dibuat selewat-lewatnya 3 hari sebelum program bermula. Selepas membuat pembayaran, mohon fakskan ke 03 41493560 ataupun emailkan ke latihan@akademipenulis.com slip pembayaran untuk tujuan rekod kami. Sebarang pendaftaran tanpa pembayaran tidak dikira sebagai sah hadir.

PIHAK KAMI AKAN MENUTUP PENDAFTARAN SEBAIK SAHAJA JUMLAH PENYERTAAN MENCUKUPI SASARAN. TEMPAT ADALAH TERHAD!! BERTINDAK SEKARANG. Daftar di http://bit.ly/megaseminar2011

ANDA BERMINAT?

Hubungi sekarang, 0126723128 (Tuan Alizan) ataupun 0341492560 (Puan Syafawati) ataupun emailkan kepada latihan@akademipenulis.com. Bertindak sekarang, tempahkan tempat untuk Anda sebelum terlewat.

Boleh juga daftarkan diri secara online di http://bit.ly/megaseminar2011

Bertindak sekarang! Sebelum tempat yang sepatutnya menjadi milik Tuan-Tuan dan Puan-Puan menjadi milik orang lain.