JIKA dahulu dunia penulisan kreatif dianggap tidak menjamin masa hadapan tetapi kini keadaan sudah jadi sebaliknya. Dunia penulisan kreatif sudah menjadi suatu industri yang menguja ramai orang untuk masuk ke dunia baru yang dilihat serba warna-warni ini.
Salah satu cabang penulisan kreatif yang paling mendapat tempat adalah penulisan novel dan cerpen. Walaupun genre puisi juga ramai penggemarnya tetapi andai dilihat dari sudut pulangan kewangan, tentu sahaja belum dapat mengalahkan genre novel dan cerpen.
Genre novel hari ini menjadi suatu industri yang berkembang pesat, selaras dengan berkembangnya rumah-rumah penerbitan yang menawarkan peluang kepada ramai orang untuk menerbitkan karya mereka. Genre cerpen masih dilihat sebagai industri kecil tetapi tidak kurang penggemarnya kerana lambakan majalah dan akhbar membuka ruang kepada pendatang baharu untuk mencuba nasib. Malah penulisan cerpen dianggap sebagai suatu latihan yang amat penting sebelum masuk ke dunia penulisan novel.
BENGKEL PENULISAN NOVEL BERSAMA SALINA IBRAHIM ini direka dengan input paling komprehensif dalam dunia penulisan dan penerbitan buku genre kreatif. Program ini disusun berdasarkan penilaian, pengamatan dan pengalaman seorang pengarang kreatif serta keperluan industri.
Cik Puan Salina Ibrahim adalah novelis bestseller yang sudah menghasilkan 15 buah novel dalam pasaran. Ia akan mendedahkan pelbagai tip dan rahsia kejayaan beliau menghasilkan novel bestseller.
Semua ini diturunkan dalam program tiga hari 2 malam, yang dimuatkan dalam sebuah modul 3 frasa:
Fasa 1: Fasa Pra Penulisan
Fasa ini memperkenalkan calon pengarang kepada industri penulisan kreatif selain memahamkan calon pengarang mengenai senario semasa. Hal ini demikian kerana dunia penulisan kreatif terutamanya novel (dan cerpen) adalah suatu yang agak kompleks dan memerlukan banyak kerja keras untuk memasuki fasa ini. Calon pengarang juga akan diberikan persediaan dan motivasi untuk memasuki industri ini kerana hakikatnya ramai yang kalah berjuang sebelum masuk gelanggang.
Fasa 2: Penulisan & Penghasilan Karya
Calon pengarang akan diberikan pendedahan kepada aspek penulisan dan proses menghasilkan karya bermula A sehingga Z. Bagi calon pengarang yang tidak berpengalaman menghasilkan karya kreatif akan dibimbing untuk menulis secara idealnya.
Fasa 3 : Fasa Pasca Penulisan
Karya yang baik tidak akan sempurna andai tidak disampaikan kepada khalayak pembaca atau jika tidak difahami pembaca. Antara aspek penting yang ditekankan dalam pasca penulisan adalah berbahasa kerana ini merupakan elemen yang amat penting dalam penulisan kreatif. Selain itu, calon pengarang juga akan diberikan pendedahan dalam hal ehwal etika penulisan, perjanjian pengarang-penerbit dan aspek promosi langsung yang boleh dilakukan oleh pengarang.
Objektif Bengkel
- Suatu program bimbingan secara terancang untuk melatih calon pengarang dalam bidang penulisan kreatif.
- Melahirkan manuskrip atau karya yang baik, yang bukan sahaja laris di pasaran tetapi juga berkualiti.
Faedah Yang Bakal Diperoleh
- Bengkel ini dikendalikan oleh individu yang berpengalaman luas dalam penulisan dan penerbitan karya kreatif tanah air, selain sudah punya nama besar dalam industri ini.
- Mendalami trend terkini dunia penulisan kreatif terutamanya industri novel dan cerpen.
- Mendalami teknik menulis dari A sehingga Z, mengetahui etika seorang pengarang dan pantang-larang dan mendalami hak seorang pengarang dan perlindungan undang-undang terhadap karyanya.
Pengisian Program
HARI 1
3.30 pagi hingga 5.30 petang: Memasuki Industri: Penilaian, Pengamatan & Pengalaman Sebenar
* Mengenali genre penulisan kreatif
* Mitos & dongeng dunia penulisan kreatif
* Melihat sumbangan industri secara kritis
8.30 hingga 10.30 malam: Pra Penulisan: Asah Pena!
* Persediaan seorang pengarang
* Keperluan pengarang
* Rujukan pengarang
* Mengenali dan menentukan genre
HARI 2
8.30 hingga 10.30 pagi: Mari Menulis 1
* Pengenalan novel/cerpen
* Mengenai proses kreatif
* Proses merangka sebuah novel/cerpen
* Tema
* Ilham & Idea
11.00 pagi hingga 1.00 petang: Mari Menulis 2
* Latar; masa, tempat, sosial
* Karakter; bagaimana mencipta manusia
* Plot; membentuk sebuah kisah
* Hubung kait latar-karakter-plot
2.30 hingga 4.30 petang : Mari Menulis 3
* Sudut Pandangan
* Elemen logik dalam karya
* Menuangkan emosi ke dalam karya
* Muatan pemikiran
8.30 hingga 10.30 malam: Mari Menulis 4
* Penyelesaian Cerita
* Penggunaan ilmu bantu
* Aspek teknikal dan struktural
HARI 3
8.30 hingga 10.30 pagi: Bonus Bahasa
* Betulkan bahasa
* Kesilapan umum pengarang
* Bagaimana mengindahkan karya
11.00 pagi hingga 1.00 petang: Mengungkai Masalah
* Mental block & cadangan mengatasi
* Yang tidak-tidak ketika berkarya; etika
* Menyemak semula
2.30 petang hingga 4.30 petang: Tahniah tetapi Tunggu Dahulu!
* Cabaran mendapatkan tempat di rumah penerbitan
* Proses penghantaran karya
* Aspek perundangan (surat perjanjian)
* Promosi & pemasaran novel
Klik Di Sini Untuk Maklumat Lanjut
Berguna bagi orang yang ingin jadi penulis tetapi tidak tahu menulis. Suatu motivasi untuk menulis secara serius. Suatu forum untuk berjumpa orang-orang yang suka menulis. Membuat anda merasakan anda tidak keseorangan.
-Abdul Kariem, Pensyarah UMSatu program yang member banyak maklumat dan panduan bagaimana hendak memulakan penulisan. Melalui pengalaman fasilitator, memberi rangsangan kepada saya untuk menjadi penulis. Saya semakin bersemangat untuk memulakan langkah pertama.
-Khairani Maisurah Hassan, Programmer, JPJAmat baik bagi pengarang baru dan dapat mendedahkan teknik-teknik dalam dunia penulisan. Saya mengharapkan akan ada kesinambungan di dalam program ini.
-KamarzamanKomprehensif… Mudah difahami dan boleh diikuti oleh saya yang bukan seorang penulis buku Tiga Lima. Modul disusun mengikut langkah demi langkah mudah ke serius. Ada metodologi secara ‘fun and enjoy’.
-Nooraini Hj.Khaironi, Guru TadikaMemberi pengetahuan dan menambah kemahiran penulisan novel, Alhamdulillah. Pendedahan penulisan kreatif yang menjana minda dan idea pengarang. Menjadi wadah permulaan penulis/pengarang baru memberi sumbangan dalam penulisan yang boleh dijadikan titik perubahan kepada pembaca. Perkongsian ilmu dan pengalaman yang menarik. Terima kasih.
-Siti Ariyah Shahlan, Pensyarah Politeknik Sultan Idris Shah