Bengkel Penulisan Berita & Rencana

“Enam tahun lalu, mereka berkata menulis rencana dalam bahasa Melayu tidak membawa saya ke mana-mana. Kata mereka hasil penulisan saya tiada sesiapa membacanya. Mereka cuba meyakinkan saya menulis rencana tidak membawa apa-apa ganjaran untuk diri dan organisasi yang saya wakili. Mereka berkata saya membuang masa. Mereka ketawa. Tetapi apabila saya menulis….”

Segala andaian dan persoalan kini terjawab jelas.

Kursus Penulisan Berita dan Rencana

 

  • Program ini disusun khusus untuk mereka yang berminat mencipta nama dan membina saluran tujuan organisasi. Ia menggabungkan pelbagai jenis strategi berjaya yang digunakan oleh penulis-penulis bebas yang berjaya mengumpul ribuan pembaca menjadi kelompok pembaca setianya meskipun pada usia yang muda.

 

  • Menjadi penulis artikel bukan sekadar tertakluk pada bakat semata-mata. Kaedah pengurusan masa, kaedah membina matlamat dan strategi menjana idea adalah faktor-faktor yang membantu penulis bebas dalam pengkaryaan. Inilah antara  perkara-perkara yang jarang disebut tetapi penting dalam merancang kejayaan.

 

  • Pendekatan gerila penulisan artikel adalah formula yang disampaikan secara terperinci. Pendekatan-pendekatan yang tidak berjaya turut didedahkan supaya para peserta tidak mengulanginya lagi. Cara ini membolehkan peserta menumpukan perhatian pada penulisan artikel sesuai dengan keperluan majalah dan akhbar.

 

Modul disusun dengan bahasa yang mudah dan contoh yang dapat difahami supaya para peserta dapat bertindak mengikut keupayaan diri dan tidak akan ketinggalan dalam mengikuti pengisian bengkel.

Trainer bengkel

Zamri Mohamad, pengarang prolifik Malaysia dengan buku-buku bidang pembangunan diri, kerjaya, bisnes dan komunikasi interpersonal.

Bermula sebagai penulis bebas pada tahun 2001.Terlibat sebagai penulis bebas dalam beberapa buah majalah dan akhbar tempatan sejak tahun 2001. Siri penulisan beliau yang pernah disiarkan meliputi isu-isu kekeluargaan, remaja, masyarakat dan agama.

Muncul dalam akhbar dan majalah seperti Utusan Malaysia melalui ruangan Kampus, Bicara Agama, Rencana dan Pendapat, KOSMO melalui ruangan Akademik, Berita Harian melalui ruangan Rencana, Majalah I, Minda, Dewan Ekonomi, Dewan Bahasa dan menjadi kolumnis bagi majalah Dewan Siswa.

Bekas pembantu pembangun program secara separuh masa bersama sebuah rangkaian penyiaran Islam pertama di Malaysia, Ansar Channel, MITV.

Pernah menjadi pembantu koresponden Malaysia bagi Islam Online, sebuah agensi berita antarabangsa yang beroperasi di Dubai, Emeriah Arab Bersatu.

Pernah menjawat jawatan pembantu kepada Penasihat Media, Jabatan Rektor, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.Sebanyak 15 buah buku pelbagai subjek ditulis dan diterbitkan memasuki pasaran Malaysia dan Singapura.

 

Kandungan Program

 

Hari pertama

  • Modul 1: Motivasi Penulisan
  • Modul 2: Hak Penulis & Hak Cipta
  • Modul 3: Cara bekerja seorang penulis berita & rencana

Hari kedua

 

  • Modul 4: Mahir kaedah jana idea
  • Modul 5: Dari surat pembaca menjadi bahan rencana
  • Modul 6: Dunia penulisan berita

TESTIMONIAL PESERTA LALU

Saya bermanfaat khususnya kepada bakal-bakal penulis. Walaupun saya sendiri sebelum ini tidak begitu cenderung dalam dunia penulisan, tetapi setelah menghadiri bengkel ini saya telah ditunjukkan dengan laluan yang mudah.
-Zalina Mat, Pengurus CIDB

Mampu melahirkan para penulis yang berani menyatakan kebenaran dalam isu yang dibincangkan. Memiliki ilmu pengetahuan yang mendedahkan bidang penulisan yang akan diusahakan. Mampu mencetuskan idea-idea baru dalam penulisan yang telah dirancang, supaya lebih yakin dan kreatif dalam penulisan.
-Azahria Mohd Nor, KPM

Mampu membuka mata dan minda para peserta dalam mempelajari teknik-teknik penulisan serta taktik-taktik atau strategi untuk mendapatkan maklumat serta mendapatkan kerjasama editor. Pelbagai kemahiran juga diperkenalkan seperti pencarian data dalam google dan membuka akaun blog di blogspot. Sekiranya terdapat lagi kursus seperti yang saya hadiri ini, memang saya berminat untuk menghadirinya.
-Nurhazlinda@Azlin Md.Aris, Penolong Pengarah, Jabatan Pengajian Kolej Komuniti

Berjaya memberi pendedahan berkaitan penulisan berita dan rencana. Banyak pengetahuan dapat ditambah dengan menghadiri bengkel ini. Langkah awal sebelum menulis buku. Banyak maklumat, padat dan menarik. Modul yang banyak dan penyampai berpengalaman.
-Siti Ariyah Shahlan, Pensyarah Politeknik Sultan Idris Shah

Satu medium yang sangat bagus untuk bermula sebagai penulis. Sesi penyampaian ILMU yang begitu ikhlas.
-M.Fakhrurrazy M.Ariff, Eksekutif Kanan Pusat Pungutan Zakat, MAIWP

Terbaik pernah saya hadiri setakat ini. Berjaya membuang self audit saya. Totally merubah pandangan saya terhadap dunia penulisan. Platform terbaik untuk melatih bakal penulis yang berkualiti.
-Dr Ku Mastura Ku Mohd. Noor, Pensyarah Pelatih Perubatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, USIM

Mantap dari segi kandungan dan penyampaian di mana saya dapati ianya amat berbeza daripada kursus-kursus seumpama. Bengkel ini lebih banyak fakta, tips, informasi dan juga kaedah-kaedah baru dalam bidang penulisan.
-Nur Adzlin Ishak, Penolong Pengarah Kanan, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

Amat bertepatan dengan kehendak dan minat saya. Sebagai ahli Persatuan Penterjemah Malaysia, saya sendiri tidak bijak menggunakan peluang yang ada untuk menulis. Saya harap akan terus berhubung dengan pihak APSB untuk mencari peluang menjadi penulis di satu hari nanti. Terima kasih. Wasslam.
-Habsah  Othman, Pengurus (Jurukur Bahan), Unit Levi, Bhg. Kewangan, CIDB

Sangat baik kerana ia dapat memberi pendedahan tentang kaedah menghasilkan penulisan yang baik dan kreatif di samping cara mendapatkan maklumat melalui google.
-Surani Yusof, Pengurus, CIDB

Amat Berjaya. Dapat dilaksanakan dengan baik walau masa yang terhad. Solute untuk Encik Zamri, penceramah.
-Shaikh Abd Rahim, Penolong Pengurus Kanan, CIDB

Teratur dan baik kerana ianya dapat membantu saya untuk menjadi penulis yang lebih kreatif di masa hadapan. Insya Allah, segala ilmu akan saya aplikasikan di dalam kerjaya saya di CIDB. Thanks a lot.
-Norzaidi Nordin, Pengurus, Korporat CIDB Malaysia

Sangat berguna kepada semua peserta walaupun tiada hasrat untuk menjadi penulis tetapi ia membantu untuk menghasilkan rencana yang menarik dan berkualiti.
-Siti Rahayu Yaakub, Pengurus, CIDB Malaysia

Membuka mata dan minda saya terhadap bidang penulisan. Penulisan salah satu cabang minat saya suatu masa dahulu, tetapi kurang yakin dan tidak dapat menyusun idea dengan teratur menyebabkan minat saya beku dan menganggap saya tidak berbakat.
-Enerda Omar, Pengurus Sektor Bisnes, CIDB