Penulis bestseller bukan suatu yang magis untuk dicipta secara tiba-tiba. Ia adalah suatu proses organik dengan persediaan, persiapan, perancangan dan proses penulisan teliti si penulis. Sehingga sekarang tidak ada satu penerbit di dunia yang boleh meramalkan buku apa dan penulis mana boleh menjadi bestseller.
Namun begitu kita boleh lihat banyak ciri yang sama di antara satu buku bestseller dan buku bestseller yang lain. Pesona bintang yang sama antara seorang penulis bestseller dengan penulis bestseller yang lain. Perkara yang wajib tahu oleh semua pengarang di Malaysia.
Program PENULIS SUPER direka dengan input paling komprehensif dunia penulisan dan penerbitan buku Malaysia dan antarabangsa. Program yang disusun berdasarkan pengalaman penulis, penerbit dan pekedai buku seantero Malaysia. Kajian mendalam para pakar industri perbukuan yang diiktiraf antara terbaik dalam pasaran.
Sasaran Bengkel
- Menghasilkan bahan penulisan yang mesra pelanggan bersesuaian dengan trend semasa dan menjadi bestseller dalam pasaran
- Membangunkan kemahiran penulisan yang efektif dan mesra pembaca dengan teknik terkini sesuai industri
Apa yang Akan Diperoleh Peserta
- Mempelajari kaedah mempersembahkan penulisan yang memenuhi kehendak pasaran dan industri
- Mengetahui teknik terkini penulisan buku dan artikel
- Mengetahui rahsia para penulis bestseller yang tidak pernah diceritakan di mana-mana seminar ataupun bengkel
- Jaminan penghasilan proposal penulisan buku yang pertama
Kesemua ini diterjemahkan ke dalam program 3 hari 2 malam PENULIS SUPER. Program PENULIS SUPER adalah sebuah modul 3 fasa iaitu :
| Fasa 1 : Fasa Pra Penulisan |
| Perancangan penulisan adalah perkara yang amat kritikal dalam penulisan. Pemilihan topik dan bidang sering kali menjadikan pengarang hilang fokus dalam menghasilkan sesebuah karya berkualiti. Di samping itu juga kurangnya pengetahuan kepengarangan seperti hak cipta dan hak penulis, undang-undang libel, senario semasa penerbitan dan penulisan buku, kaedah merancang manuskrip dan bagaimana menghantar manuskrip kepada penerbit yang tepat menyebabkan wujud pelbagai masalah kepada diri penulis sepanjang kerjaya sebagai seorang penulis. Dalam fasa ini, para penulis akan menguasai topik-topik penting ini. |
| Fasa 2 : Fasa Penulisan |
| Teknik menulis yang efektif dan efisien amat penting dalam memastikan penghasilan karya berkualiti. Buku yang mesra pembaca menjadikan sesebuah karya itu lebih mudah diterima dalam pasaran. Kaedah pengolahan idea yang baik, pengwarnaan penulisan dan penataan ayat tersusun menjadi permulaan langkah baik dalam menghasilkan karya bestseller. Dalam fasa ini para penulis didedahkan dengan maklumat terkini dalam topik-topik berkaitan. |
| Fasa 3 : Fasa Pasca Penulisan |
| Buku yang baik dan mesra pembaca bukan sahaja bergantung pada topik dan bidang dipilih. Faktor tatabahasa dan pengolahan ayat amat penting dalam memastikan sesebuah buku mudah difahami oleh pembaca. Di samping itu juga penjagaan indeks kabus atau indeks kebolehbacaan menjadi titik tolak dalam hal ini. Di fasa ini para penulis akan didedahkan kaedah menghasilkan karya mesra pembaca. Di samping itu juga para penulis akan diberikan info mengenai dari mana datangnya wang dalam penulisan dan kaedah pemasaran efektif karya. |
Biodata Jurulatih Bengkel
Biodata Fauzul Na’im Ishak
En. Fauzul Na’im Ishak adalah seorang penerbit buku, penulis dan pakar perunding pembangunan penulis. Beliau adalah pengurus besar penerbitan Kumpulan PTS, syarikat kumpulan penerbit buku berbahasa Melayu paling agresif di Malaysia. Menerbitkan banyak buku terlaris Malaysia karangan Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, Dr. Danial Zainal Abidin, saudara Ahmad Fadzli Yusof dan ramai lagi.
Beliau berpengalaman melatih lebih 1,000 orang pengarang seluruh Malaysia. Beliau sering mengendalikan bengkel penulisan dan pembangunan penulis untuk organisasi kerajaan, bukan kerajaan, institusi pengajian tinggi awam dan swasta. Antara pelanggan beliau adalah Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei, Universiti Sains Malaysia, Universiti Malaya, Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia, Angkatan Belia Islam dan Kolej Universiti Sains Islam Malaysia.
Beliau adalah perunding dan jurulatih utama di Akademi Penulis Sdn. Bhd.
Biodata Zamri Mohamad
En. Zamri Mohamad adalah jurulatih bengkel penulisan. Sering dijemput mengendalikan bengkel penulisan di badan-badan kerajaan, bukan kerajaan, institusi pengajian tinggi dan swasta. Pengarang prolifik dengan buku-buku dalam bidang pembangunan diri dan cinta. Antara buku yang sudah ditulis dan terbit adalah Memahami Bahasa Cinta Lelaki, 77 Tip Melembutkan Hati Lelaki, Mengurus Konflik Gaya Streetsmart dan Cari Duit Cara Mudah dengan Menjadi Penulis Freelance
Beliau adalah perunding dan jurulatih kanan di Akademi Penulis Sdn. Bhd.
Pengisian Program
Hari 1
Dunia Penulisan & Penerbitan : Motivasi & Pengalaman
- Mitos-mitos dunia penulisan & penerbitan buku
- Kekangan dihadapi oleh para penulis dan penerbit buku
- 5P : Formula Penulis Super
- Bagaimana hendak memilih bidang penulisan sesuai dengan diri
- Dunia penerbitan dan penulisan buku Malaysia
- Bagaimana memilih penerbit buku bersesuaian dengan genre penulisan Anda
- Mengenal musim-musim penerbitan bagi menyesuaikan dengan penulisan Anda
Pengarang & Undang-undang : Kenali Hak Anda
- Undang-undang Hak Cipta : Satu ulasan
- Undang-undang Libel : Berhati-hati dalam penulisan
- Creative Common License : Teori & aplikasi
- Hak Pengarang :
- Bagaimana mengelakkan ditipu dan tertipu
- Bagaimana membuktikan hak cipta
- Bagaimana membuat pendakwaan
Anatomi Buku
- Apakah itu buku, rencana dan artikel?
- Spesifikasi buku
- Kulit depan, tajuk, blurb, half title, prakata, senarai isi, bab-bab, bibliografi, indeks, kulit belakang, tetulang buku, ISBN, CIP dan proses pra cetak
- Tanda baca, perkataan Latin dsb.
Hari 2
Pelan Operasi Penulisan : Permulaan Penentu Segala
- Membina konsep, fokus dan jenama dalam penulisan
- Menghasilkan penulisan buku yang tidak ditolak penerbit
- Merangka perancangan penulisan
Kreativiti & Kesegaran Idea
- Apakah kreatif dan bagaimana menjana kreativiti
- Teknik penjanaan idea
- Writer’s Block : Keluar dari kekangan minda
Teknik Menulis Efektif dan Efisien : Tulis, Rakam & Susun
- KJ Metode : Teknik menulis untuk orang sibuk
- Menghasilkan jalan cerita (storyline)
- Menguasai teknik menulis dengan ayat yang mudah difahami
- Pola ayat, jenis perkataan, imbuhan, panjang pendek ayat
- Membina perenggan, bahagian bab dan bab
Hari 3
Teknik Adaptasi : Teori & Praktikal
- Apa yang boleh dan apa yang tidak dalam mengadaptasi karya orang lain
- Beza antara terjemah dan adaptasi
- Kaedah tulis, terjemah, adaptasi dan membina jalan cerita
- Warna dan warni dalam buku
- Graf Edisi melawan versi dalam penulisan buku
- Apa yang boleh dan tidak dalam penulisan buku
- Indeks kebolehbacaan dan cara mengurangkannya
Pemasaran Tradisional & Non Tradisional Bahan Bertulis
- Kaedah Pemasaran Tradisional
- Aktiviti dalam kedai
- Aktiviti di tempat awam
- Kaedah edaran awam
- Kaedah Pemasaran Non Tradisional
- Pemasaran blog
- Pemasaran nota jualan
Dari Mana Datangnya Wang Dalam Penulisan
- 3 sumber wang dalam dunia penulisan
- Membina diri sebagai penulis berkredibiliti
- Dari Malaysia ke antarabangsa
Klik Di Sini Untuk Maklumat Lanjut
TESTIMONIAL PESERTA LALU
Amat berkesan dan banyak memberi pengetahuan tentang penerbitan buku. Sebelum ini pengetahuan tentang penulisan buku @ penerbitan buku hanya 5% sahaja tetapi kini ianya telah bertambah peningkatannya sebanyak 95%. Semoga ilmu ini dapat memberi manfaat kepada diri dan juga jabatan serta Negara.
-Marsita Abd.Kadir, PLV, CIASTBerkesan kerana memberi gambaran dan idea kepada kami tentang bagaimana untuk mewujudkan atau membangunkan buku kami sendiri. Sekiranya diberi lebih masa dan tambah lagi kandungan kursus yang akan guide kami untuk mewujudkan plot penceritaan yang bagus serta gaya bahasa yang bersesuaian dengan kandungan atau tajuk buku. Akhir sekali, tahniah kepada Encik Fauzul kerana menyediakan bengkel penulisan yang berkesan dan menarik.
-Rosmaini Dollah, PLV, ADTEC Shah AlamSatu bengkel yang cukup berkesan dan terbaik sepanjang saya berkhidmat. Pendedahan bidang penulisan yang cukup ketara di mana pengetahuan dalam bidang ini pada awalnya ‘zero’, tetapi di akhir bengkel ini memberi seribu pengetahuan dan pengalaman yang cukup bermakna dalam hidup saya.
-Nor Dahiyah Ghazali, PPLV, ILP Kuala Langat, JTMSangat bagus dan memberi banyak manfaat kepada saya. Daripada perkara-perkara yang tidak tahu serba sedikit menjadi tahu. Semoga bengkel seperti ini diadakan lagi. Terima kasih kepada penceramah yang banyak memberi tunjuk ajar.
-Farahiah Mohd Razari, Penolong Pegawai Latihan Vokasional, ILP Kuala LangatYang terbaik bagi saya di dalam memahami dengan lebih jelas mengenai penulisan ilmiah. Bengkel ini telah mengembalikan semangat saya semula di dalam meneruskan perjuangan menulis novel percintaan sememang minat yang saya tanam sewaktu di bangku persekolahan lagi namun terkubur setelah saya berumahtangga. Insya Allah sekiranya ada masa lapang saya kembali menulis.
-Nor Azian Ahmad, Pegawai Teknologi Maklumat, CIASTTelah membuka pandangan saya akan pentingnya dunia penulisan. Bengkel ini mengajar saya kaedah yang betul bagi penghasilan buku, yang mana tidak pernah saya ketahui sebelum ini. Terima kasih.
-Hamimah Mamat, Ketua Penyelaras Program, CIAST



