Bengkel Fast Track Penulisan Popular

TARIKH: 2 Oktober 2010, 9 pagi hingga 6.00 petang
TEMPAT: Pusat Latihan Akademi Penulis (BilikTraining.com)

Dunia penulisan sudah berubah, ia berubah sejajar dengan perkembangan industri penerbitan buku, majalah dan akhbar. Dahulu ia adalah ruang yang kosong yang ramai menganggap hanya eksklusif untuk orang tertentu sahaja. Eksklusif untuk para sasterawan dan para ahli akademik sahaja. Namun s…ekarang semakin ramai golongan profesional menjadikan penulisan satu wadah untuk pelbagai tujuan. Tujuan menyampaikan maklumat, ilmu, kenaikan pangkat, menjenamakan diri, memasarkan diri dan tidak kurang juga untuk menjana wang.

Ramai yang berminat untuk menjadi pengarang tetapi tidak mengetahui kaedah yang betul dan efektif. Ramai yang menganggap dunia penulisan ini memerlukan komitmen dan kesungguhan maksimum baru boleh menghasilkan sebuah karya yang baik. Ini tidak dinafikan, cuma dengan kaedah yang betul dan efektif seseorang yang sibuk sekalipun mampu menghasilkan sebuah karya berkualiti.

Atas semangat inilah Akademi Penulis dengan berbesar hati menganjurkan Bengkel Fast Track Penulisan Popular. Ia adalah bengkel 1 hari yang intensif dengan pengisian hebat. 3 modul penulisan yang wajib disertai oleh semua individu berminat menceburi dunia penulisan.

Modul yang akan dibentangkan adalah:

MODUL 1: Formula Menjadi Penulis Bestseller

  • Minda seorang penulis bestseller
  • Ciri seorang penulis bestseller
  • Apa yang boleh dan tidak dalam penulisan popular

MODUL 2: Hak Cipta dan Penulis

  • Apakah hak seorang pengarang
  • Apakah yang dilindungi dan tidak dilindungi dalam Akta Hak Cipta
  • Bagaimanakah melindungi hak seorang pengarang
  • Bagaimanakah untuk mengambil tindakan jika berlaku plagiat

MODUL 3: Teknik Menulis Untuk Orang Sibuk

  • Pengenalan kepada teknik penulisan: KJ Metode; rakam, salin dan tulis
  • Praktikal teknik penulisan
  • Mengaplikasikan teknik penulisan efektif dalam kehidupan penuh mencabar

BONUS: Penampilan Istimewa Penulis Bestseller: AIN MAISARAH (www.ainmaisarah.com)

  • Bagaimana menjenamakan diri sebagai seorang penulis
  • Kaedah pemasaran dan promosi seorang penulis bestseller

APA YANG BAKAL DIPEROLEH PARA PESERTA

  • Mempelajari kaedah mempersembahkan penulisan yang memenuhi kehendak pasaran dan industri
  • Mengetahui teknik terkini penulisan buku dan artikel
  • Mengetahui rahsia para penulis bestseller yang tidak pernah diceritakan di mana-mana seminar ataupun bengkel
  • Menghasilkan penulis berminda ‘penulis bestseller’
  • Mempersiapkan penulis dengan segala ilmu asas kepengarangan
  • Menyediakan penulis menjadi seorang selebriti

BIODATA JURULATIH BENGKEL

Biodata Fauzul Na’im Ishak

Fauzul Na’im Ishak adalah seorang penerbit buku, penulis dan pakar perunding pembangunan penulis. Beliau adalah pengurus besar penerbitan Kumpulan PTS, syarikat kumpulan penerbit buku berbahasa Melayu paling agresif di Malaysia. Menerbitkan banyak buku terlaris Malaysia karangan Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, Dr. Danial Zainal Abidin, saudara Ahmad Fadzli Yusof dan ramai lagi.

Beliau berpengalaman melatih lebih 1,000 orang pengarang seluruh Malaysia. Beliau sering mengendalikan bengkel penulisan dan pembangunan penulis untuk organisasi kerajaan, bukan kerajaan, institusi pengajian tinggi awam dan swasta. Antara pelanggan beliau adalah Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei, Universiti Sains Malaysia, Universiti Malaya, Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia, Angkatan Belia Islam dan Kolej Universiti Sains Islam Malaysia.

Beliau adalah perunding dan jurulatih utama di Akademi Penulis Sdn. Bhd.

BERAPA PELABURAN?

Yuran hanya RM400 SAHAJA. Ini termasuk makan dan minum, modul pengajaran dan sijil. Hanya untuk mereka yang berdaftar dan membuat pembayaran sebelum 18 September 2010, yuran hanyalah RM350 Sahaja. Selepas tarikh tersebut ia akan dinaikkan ke asal.

ANDA BERMINAT?

HANYA UNTUK 27 ORANG PESERTA SAHAJA! Hubungi sekarang, 0132965380 ataupun 0196990846 ataupun 0341492560 ataupun emailkan kepada latihan@akademipenulis.com. Bertindak sekarang, tempahkan tempat untuk Anda sebelum terlewat. Daftarkan secara online di http://tinyurl.com/bengkelfasttrack2oktober