Kursus Penulisan Kertas Cadangan dan Kertas Laporan KPKK 2012

FINE Academy dibawah divisyennya, Akademi Penulis dijemput untuk mengendalikan Kursus Penulisan Kertas Cadangan dan Kertas Laporan, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK). Kursus ini berlangsung di Bukit Gambang Resort City, Gambang pada 13 – 15 Mac 2012 yang lepas. Kursus ini disampaikan oleh jurulatih kanan, Dato’ Mohamad Nadzim dan Tuan Ikram Mohamad Nor Wazir.

Bergambar di akhir sesi kursus

Pelbagai persoalan telah dirungkaikan sepanjang berlangsungnya kursus ini. Antara aspek yang disentuh adalah format bagi kertas cadangan serta kertas laporan. Turut disampaikan aspek tatabahasa yang merupakan antara komponen utama dalam aspek penulisan. Kursus ini bertambah menarik dengan adanya sesi simulasi penganjuran mesyuarat yang dijalankan oleh peserta dan diberikan maklum balas oleh jurulatih di akhir simulasi.

Beberapa detik menarik dapat dirakamkan ketika berlangsungnya kursus tersebut. Antaranya :

Perbincangan dalam kumpulan

Sesi simulasi penganjuran mesyuarat dijalankan

Bagi mewujudkan suasana yang lebih mesra semasa kursus, sesi ice-breaking dijalankan terlebih dahulu antara peserta dan jurulatih. Konsep memperkenalkan artis diaplikasikan dalam sesi ice-breaking ini.

Sesi ice-breaking

Salam mesra - perkenalan sahabat

Turut dijalankan adalah sesi Pra dan Pasca Kursus yang mana setiap peserta dikehendaki menjawab beberapa soalan bagi menguji kefahaman di awal kursus serta di akhir kursus.

Turut dijalankan ujian Pra dan Pasca kursus

Sesi latih amal dijalankan

Antara testimonial yang diterima melalui peserta :

Memberi input-input yang amat berguna kepada peserta-peserta kursus khususnya kepada pegawai-pegawai yang menyediakan kertas cadangan,kertas laporan dan minit mesyuarat. selain itu,program ini dapat meningkatkan gaya penulisan yang standard – Yusniza Rahman, Pegawai Kebudayaan, ASWARA

Semua peserta berpeluang untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan.selain itu,penceramah berjaya menarik perhatian peserta serta bersikap terbuka dengan mengambil kira pandangan peserta demi untuk memberi output yang terbaik daripada program ini – Sarahafina bt. Abd Rahman, Penolong Pegawai Tadbir, Bahagian Kewangan,KPKK

Mari Berdiskusi Di Sini