Seminar Jana Wang Dengan Menulis
Anda mempunyai potensi yang cukup tinggi dalam diri. Potensi diri ini mungkin tersimpan, mungkin sudah bersedia untuk memunculkan diri, mungkin ia sudah lama mahu keluar tetapi dikekang oleh faktor-faktor luar kawal. Kesemua potensi ataupun dalam perkataan biasa ‘bakat’ hanya mampu ditonjolkan apabila kita memberikan pemangkin kepadanya.
Seminar Jana Wang Dengan Menulis adalah program fasa pertama di bawah Akademi Penulis bagi mengeluarkan salah satu potensi diri yang kami yakin dan percaya tertanam di dalam diri semua insan. Ia tunggu untuk dibuka suisnya bagi menampilkan diri.
Bakat dan potensi itu ada di dalam dua alat utama pada diri kita iaitu minda dan tangan. Ya! Inilah program yang dirancang dan direka bagi membolehkan Anda mengeluarkan bakat penulisan dalam diri. Sebenarnya ada cerita dalam diri yang boleh dikeluarkan dan ditampilkan kepada umum. Namun begitu ia bergantung kepada diri kita sama ada mahu ataupun tidak.
Akademi Penulis menyediakan satu program pembangunan penulis yang memberikan idea segar dan baru mengenai dunia penulisan. Segala persepsi negatif ternafi dengan wujudnya pemahaman dan pengetahuan mengenai apakah sebenarnya dunia penulisan dan penerbitan buku di Malaysia.
Di seminar ini Anda akan berasa terang dan jelas mengenai apakah sebenarnya yang menjadikan sesuatu karya yang ditulis boleh dijadikan satu alat untuk menjana pendapatan di dunia dan menjana pahala untuk akhirat.
Di seminar ini Anda akan dibawa menjelajahi beberapa perkara iaitu :
- Membuang segala tanggapan negatif dalam diri dan menulis semula ‘Skrip Hidup’
- Membuka persepsi baru mengenai dunia penulisan dan penerbitan
- Menjana idea kreatif dari persekitaran
- Mengetahui teknik penulisan berkuasa tinggi yang sesuai untuk semua orang sibuk
- Bagaimana menghasilkan karya yang mesra pengguna
Belajar Dari Pakar
Akademi Penulis menyediakan tenaga pakar dalam industri penerbitan dan penulisan buku Malaysia bagi memberikan input terbaik untuk semua. Bagi seminar ini, ia dikendalikan oleh :
Fauzul Na’im Ishak-seorang penulis, perunding latihan dan motivasi dan berpengalaman sebagai penerbit buku. Antara tenaga penggerak penting dalam Kumpulan PTS yang membawa kepada kejayaan penting syarikat itu. Syarikat beliau, PTS Millennia Sdn Bhd berjaya melahirkan banyak penulis bestseller dan buku mereka menaiki takhta top 10 kedai buku berantai seperti MPH, Popular, Kinokuniya dan kedai buku lain.
Perincian pengisian seminar adalah seperti berikut :
- Apakah kekangan yang menyebabkan penulis tidak boleh menulis?
- 4 mitos dunia penulisan dan penerbitan buku Malaysia
- 5P : Formula Rahsia Penulis Bestseller
- Writer’s Block : Keluar dari kekangan minda
- Definisi & Aplikasi Akta Hak Cipta 1987
- Bagaimana hendak melindunginya?
- Bagaimana Hendak Membuktikannya?
- Apa yang perlu dilakukan apabila berlaku pelanggaran hak cipta
- Apakah buku berkonsep?
- Menulis buku bercita rasa pembaca
- Bermulanya penyelidikan : Di mana & bagaimana?
- Bagaimanakah membuat Pelan Operasi Penulisan (POP)?
- Apakah kreatif dan bagaimana menjana kreativiti
- Teknik penjanaan idea
- Bagaimana menyediakan bank idea
- Menghasilkan jalan cerita (storyline)
- Peta minda sebagai kaedah menstrukturkan idea
- Teknik adaptasi tanpa melanggar hak cipta
- Menguasai teknik menulis dengan ayat yang mudah difahami
- Pola ayat, jenis perkataan, imbuhan, panjang pendek ayat
- Membina perenggan, bahagian bab dan bab
- Indeks kebolehbacaan dan cara mengurangkannya
- Tatabahasa & kesalahan yang selalu ditemui di dalam penulisan buku
- Penyediaan kertas kerja cadangan buku
- Penghantaran karya kepada penerbit
- Apakah karya yang dikehendaki sekarang
- Kaedah tradisional & non tradisional
- Bagaimana menentukan USP (Unique Selling Proposition) Penulis
- Mempakejkan buku hingga orang tidak akan terlepas pandang buku Anda
- Bagaimana memasarkan karya ke global : Teknik & Aplikasi
- Royalti & wang untuk penulis
- Dari Malaysia ke antarabangsa
| Menjadi Penulis Bermotivasi Tinggi |
|
|
| Mengenal Hak-hak Penulis & Elakkan Tertipu |
|
|
| Penulis : Konsep, Subjek, Fokus & Penyelidikan |
|
|
| Menjana Idea Berkualiti Dalam Masa Singkat |
|
|
| Teknik Menulis : Menulis Banyak Buku Dalam Masa Singkat |
|
|
| Apa yang Boleh & Tidak Dalam Penulisan |
|
|
| Teknik Membuat Proposal Kepada Penerbit, Pasti Mereka Tidak Akan Menolak Karya Anda |
|
|
| Transformasi Penulis Bestseller |
|
|
| Dari Mana Datangnya Wang dalam Penulisan |
|
|
Anda inginkan maklumat lanjut mengenai seminar ini? Klik di sini ataupun terus ke www.janawangdenganmenulis.com
Jaminan Pulangan Wang
Jika selepas satu hari (8 jam penuh berharga) menghadiri seminar ini Anda merasakan tidak mendapat sebarang input baru yang membantu Anda mengeluarkan potensi diri Anda. Anda boleh bangun dan pulangkan kesemua bahan yang disertakan dalam seminar ini kepada pihak kami. Kami akan pulangkan wang Anda dengan tanpa sebarang persoalan.
Sebarang pertanyaan mengenai seminar ini, hubungan talian Hotline Akademi Penulis 1 700 80 2776 ataupun email kepada akademipenulis@bookpro.my. Kami menantikan panggilan dari Anda.
NOTA : Seminar ini juga boleh diadakan di tempat Anda. Pihak Akademi Penulis melalui syarikat induk kami Book Pro Publishing Services adalah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia.












