Kursus Ditawarkan
Akademi Penulis menyediakan kursus dua fasa, iaitu :
FASA 1 : Seminar Jana Wang Dengan Menulis
Seminar sehari ini memberikan pandangan besar dunia penerbitan dan penulisan buku. Ia memberikan input mengenai senario semasa dunia penerbitan dan penulisan, motivasi kepenulisan, hak cipta dan hak penulis sehinggalah kepada bagaimana memasarkan buku cara tradisional dan non tradisional.
Pengisian komprehensif disampai oleh pakar dalam bidang penerbitan dan penulisan buku Malaysia. Satu program yang wajib dihadiri oleh sesiapa yang ingin menceburi bidang penulisan dan penerbitan buku di Malaysia khususnya dan nusantara amnya.
Maklumat lanjut (KLIK DI SINI)
FASA 2 : Bengkel Praktikal Penulis Bestseller
Bengkel intensif berkomputer selama dua hari ini adalah bengkel amali teknik penulisan. Dari mereka bentuk konsep, teknik menulis kertas cadangan penulisan, teknik menulis, teknik adaptasi dan banyak lagi. Sesiapa yang menghadiri program fasa 1 amat digalakkan menyertainya.
Ia dikendalikan oleh para pakar dalam bidang penerbitan dan juga para penulis buku bestseller Malaysia.












