Program Pembangunan Penulis Akademi Penulis terbahagi kepada 3 fasa iaitu:
Fasa 1: Program Asas (1 hari)
Program pembangunan penulis peringkat asas ini adalah fasa pengenalan kepada dunia penulisan dan penerbitan buku. Ia untuk memberikan gambaran awal mengenai dunia penulisan sebelum seseorang pengarang melangkah dan terjun untuk menceburi peringkat ini. Pada peringkat asas ini programnya tempoh masanya satu hari dan meliputi pelbagai genre sama ada penulisan non fiksyen (ilmiah), fiksyen (karya kreatif) ataupun penulisan buletin.
Fasa 2: Program Termaju (Advance) (2 hingga 3 hari)
Program pembangunan penulis peringkat termaju ini memberikan maklumat terperinci dan bersepadu. Programnya direka bentuk bagi memberikan gambaran penuh dunia penulisan dan penerbitan buku. Para peserta akan diberikan latihan secara teori dan praktikal secara bersepadu. Para peserta yang menyertai program ini sudah bersedia untuk melangkah maju ke dalam dunia penulisan.
Fasa 3: Klinik Penulisan
Pada fasa ini kita beranggapan para peserta sudah bersedia untuk menyediakan proposal dan manuskrip. Para peserta akan berdiskusi secara individu ataupun berkumpulan kecil dengan para perunding Akademi Penulis. Para peserta klinik sekurang-kurangnya perlu membawa proposal penulisan mereka bagi menyertai klinik penulisan.
Maklumat lanjut mengenai perkara ini boleh dirujuk secara terus ke talian (+6) 03 4149 2560 ataupun emailkan kepada latihan@akademipenulis.com


