Konsep Berdasarkan Tujuan

Dalam artikel lepas, kita sudah mulakan mengenai bagaimanakah untuk menyediakan konsep buku. Konsep buku perlu berdasarkan tujuan, ini yang kita mula sebut sebelum ini. Apabila tujuannya untuk memberikan motivasi belajar, konsep perlu juga begitu. Apabila untuk motivasi ibu bapa, konsepnya harus menuju ke arah itu.

Sebelum ini kita meletakkan contoh buku Menjadi Pelajar Super, di sini kita teruskan dengan tajuk yang sama.

Sasaran Pembaca

Kita perincikan siapakah golongan sasaran kita. Ia boleh diperincikan mengikut jantina, umur, latar belakang, suasana dan sebagainya. Bagi buku Menjadi Pelajar Super ini kita cuba buatkan perinciannya :

  • Jantina : lelaki dan perempuan
  • Umur : 12 hingga 17 tahun
  • Latar belakang : sekolah menengah dan sekolah rendah
  • Suasana : desa/kota

Jelas ataupun tidak sasaran itu? Pada pandangan saya, ya! Apabila kita meletakkan sasaran pembaca sebegini, kita dapat melihat dengan jelas hala tuju buku tulisan kita. Ia tidak boleh terlampau tinggi, ia perlu santai dan menarik. Apabila meletakkan sasaran lelaki dan perempuan, maka ia ditujukan kepada dua jantina. Contohnya juga berkisar kepada gaya kedua-duanya. Namun begitu jika kita merasakan hendak lebih spesifik, kita boleh letakkan sama ada lelaki ataupun perempuan.

Umur 12 tahun hingga 17 tahun adalah umur remaja. Ia seharusnya menepati citarasa mereka. Apakah gaya remaja terkini? Apakah masalah remaja terkini? Apakah kesukaan mereka? Apakah kebencian mereka? Apakah pandangan mereka kepada pelajaran? Bagaimanakah menimbulkan kesukaan kepada pembelajaran mereka? Semua ini kita senaraikan.

Sekolah menengah dan rendah. Ini satu lagi rujukan penting. Kita perlu lihat apakah keadaan sekolah menengah dan rendah semasa. Apakah dasar-dasar terbaru? Apakah silibus terbaru? Kekangan-kekangan terbaru? Masalah guru? Masalah pelajar?

Desa dan kota. Suasana di kedua-dua penempatan ini amat berbeza di antara satu sama lain. Di desa, kemudahan dan pembangunan agak jauh terkebelakang berbanding bandar. Ini juga perkara yang perlu diteliti oleh penulis.

Bersambung…

.

About The Author

Pentadbir Akademi Penulis

Akademi Penulis Sdn. Bhd. (Akademi Penulis) adalah sebuah syarikat milik penuh bumiputera yang mengkhusus dalam bidang latihan dan pembangunan penulis. Dahulunya Akademi Penulis bermula daripada sebuah laman blog www.akademipenulis.com milik En. Fauzul Na’im Ishak. Beliau adalah seorang penerbit buku, penulis dan jurulatih pembangunan penulis. Di blog ini dikongsikan pengalaman harian beliau berkecimpung dalam bidang penulisan dan penerbitan buku. Blog itu dinaik taraf menjadi portal akademi virtual dan menawarkan kursus dalam bidang penulisan di bawah jenama syarikat, B Pro Management & Training. Bermula 10 Mac 2009, Akademi Penulis sudah berstatus Sdn. Bhd. Akademi Penulis dibangunkan di bawah satu sistem latihan bersepadu gabungan kepakaran para pakar dalam industri buku Malaysia. Para mentor dan jurulatih Akademi Penulis adalah di kalangan pengamal industri. Ini berbeza dengan program pembangunan penulis lain yang dianjurkan oleh para ahli akademik. Mereka ini mempunyai ilmu akademi yang tinggi tetapi tidak pernah mengaplikasikannya. Kami di Akademi Penulis adalah dari kalangan orang yang mengamal dan terjun secara langsung dalam bidang ini. Mengetahui pahit maung dunia penulisan dan penerbitan buku. Taktik, strategi, kaedah pemasaran, kaedah penulisan dan apa sahaja di sini sudah diuji keberkesanannya.

Mari Berdiskusi Di Sini