KKM mantapkan penulisan web portal MyHealth

Sejarah hospital di negara ini sebelum merdeka bermula atas keperluan merawat para pekerja lombong. Kemudian kewujudan hospital diperluaskan kepada masyarakat diberi penambahbaikan sehingga hari ini.

Tim Akademi Penulis buat kali ketiga telah menerima jemputan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia bagi mengendalikan bengkel penulisan web portal MyHealth. Seperti jemputan lepas, objektif utama bengkel ini dijalankan adalah sebagai usaha memudahkan kaedah penulisan rencana kesihatan untuk bacaan umum.

Menukar bahan bacaan berat kepada bahan bacaan mesra pembaca

Sinergi antara teori dan amalan industri penulisan

Peserta mencurahkan ilmu dalam bentuk penulisan

Pada sesi kali ini juga, tim Akademi Penulis seharian bersama-sama 70 orang kakitangan KKM yang terdiri daripada sembilan portfolio kerja yang berlainan. Para peserta kali ini terdiri daripada kumpulan Kejururawatan, Pembantu Perubatan, Teknologi Makmal Perubatan, Radiografi / Radioterapi, Juruteknologi Pergigian, Pembantu Farmasi, Kesihatan Persekitaran, Fisioterapi serta Jurupulih Perubatan (Carakerja).

Mengaplikasikan teknik yang dikongsi

Masing-masing sedang sibuk mencurahkan bahan untuk dikongsi kelak

Cabaran untuk menghasilkan bahan bacaan umum yang mesra pembaca bukan suatu yang mustahil terutama dalam bidang kritikal seperti bidang perubatan. Itulah yang telah dibuktikan oleh peserta bengkel pada kali ini. Rata-rata peserta memberikan maklum balas dan perbincangan dua hala yang berkesan bagi memudahkan cara penulisan mereka kelak.

Antara rahsia dan teknik yang dikongsi bersama peserta

Antara maklum balas yang telah diterima oleh tim Akademi Penulis ;

“Ia memberi pengetahuan tentang cara-cara penulisan artikel yang lebih berkesan. Pelbagai kaedah dan tips baru mengenai penulisan artikel yang diperolehi melalui kursus yang telah dijalankan” Noor Syuhadah Mokhtar, Peg. Kerja Sosial Perubatan, Jab. Kerja Sosial Perubatan HKL

“Ia memberi banyak pendedahan kepada saya macam mana cara-cara menulis artikel dalam portal myhealth. Selama ini saya belum menghadiri mana-mana bengkel/kursus mengenai penulisan artikel. Selepas ini saya rasa saya lebih berkeyakinan untuk menulis artikel didalam portal myHealth” Hasnah Ismail, Pegawai Tadbir (Rekod Perubatan), Unit Perkhidmatan Pengurusan Hospital Bahagian Perkembangan Perubatan Kementerian Kesihatan M’sia

“Teori + practical = senang difahami + diikuti + banyak facts / evidence based” Noor Emellia Jamaludin, Pegawai Pemulihan Perubatan (carakerja), Hospital Sultan Abdul Halim Sg. Petani

“Satu pendedahan kepada cara penulisan artikel yang lebih berkesan. Dapat membantu atau menggalakkan profesional yang sibuk dengan tugas harian di hospital untuk menulis berkaitan pengetahuan & skill yang dimiliki” Che Rohani bt. Che Jaafar, Timbalan Pengarah Kesihatan, BSKB

“Mendedahkan saya dengan cara menulis artikel dengan lebih mudah, memberi banyak informasi berguna tentang artikel dan pembacaan” Athirah binti Mustaffar Kamar, Pegawai Psikologi, Unit Kaunseling Hospital Teluk Intan

Mentan 1 pc

About The Author

Pentadbir Akademi Penulis

Akademi Penulis Sdn. Bhd. (Akademi Penulis) adalah sebuah syarikat milik penuh bumiputera yang mengkhusus dalam bidang latihan dan pembangunan penulis. Dahulunya Akademi Penulis bermula daripada sebuah laman blog www.akademipenulis.com milik En. Fauzul Na’im Ishak. Beliau adalah seorang penerbit buku, penulis dan jurulatih pembangunan penulis. Di blog ini dikongsikan pengalaman harian beliau berkecimpung dalam bidang penulisan dan penerbitan buku. Blog itu dinaik taraf menjadi portal akademi virtual dan menawarkan kursus dalam bidang penulisan di bawah jenama syarikat, B Pro Management & Training. Bermula 10 Mac 2009, Akademi Penulis sudah berstatus Sdn. Bhd. Akademi Penulis dibangunkan di bawah satu sistem latihan bersepadu gabungan kepakaran para pakar dalam industri buku Malaysia. Para mentor dan jurulatih Akademi Penulis adalah di kalangan pengamal industri. Ini berbeza dengan program pembangunan penulis lain yang dianjurkan oleh para ahli akademik. Mereka ini mempunyai ilmu akademi yang tinggi tetapi tidak pernah mengaplikasikannya. Kami di Akademi Penulis adalah dari kalangan orang yang mengamal dan terjun secara langsung dalam bidang ini. Mengetahui pahit maung dunia penulisan dan penerbitan buku. Taktik, strategi, kaedah pemasaran, kaedah penulisan dan apa sahaja di sini sudah diuji keberkesanannya.

Mari Berdiskusi Di Sini