Kita Akan Berusaha Menjadi Yang Terbaik Apabila Kita Percaya Kepada Mati
November 7, 2007 Oleh Fauzul Naim Ishak
Filed under Motivasi
Hari-hari berlalu dengan amat pantas dalam beberapa tahun ini. Adakah kerana masa memang disingkatkan oleh Allah ataupun gerak kerja kita semakin banyak hingga menyebabkan terasa singkat. Memang terasa betul singkatnya masa ini. Tup-tup sudah hari ahad. Esok isnin hari bekerja, tup-tup sudah ahad kembali. Memang cepat. Dahulu baru sahaja kita memasuki tadika, kemudian masuk sekolah rendah, berada di SBP, memasuki Pusat Asasi Sains, kemudian berada di peringkat sarjana muda, bekerja di PTS, berkahwin dan sekarang sudah berada di tahap saya sekarang. Terasa cepat betul masa berlalu. Anak yang kita azankan dahulu sekarang sudah pandai mengira campur tolak di hadapan kita.
Masa manusia yang 24 jam dikurniakan Tuhan terasa singkat. Jika diberikan pilihan tentu ada yang mahu ia diperpanjangkan kepada lebih daripada 24 jam. Saya ada membaca satu buku bertajuk “Psikologi Kematian” terbitan rakan penerbit Indonesia, Penerbit Hikmah. Antara topik utamanya adalah bagaimana hendak menukarkan konsep mengingat mati kepada kejayaan dalam hidup.
Benar! Apabila kita mengingat bahawa masa kita hanya singkat. Mungkin sebentar lagi kita akan mati ataupun masa kita hanya ada tinggal sehari sahaja lagi di dunia ini. Pasti kita terfikir bagi membuat yang terbaik pada hari ini. Agar ia dapat bermanfaat kepada orang lain dan tentunya mengharap bonus di akhirat kelak.
Pandangan ini dikuatkan lagi oleh saudara Kamal Affendi Hashim, penganalisis jenayah terkenal dan terulung di Malaysia. Berdasarkan maklumat yang saya peroleh, di dunia ini ada 1068 orang penganalisis di dunia dan 4 di Asia. Beliau adalah satu-satunya penganalisis jenayah berbangsa Melayu.
Dalam pertemuan sebelum ini beliau memberikan satu kata-kata yang menarik dan menjentik minda saya.
“Jika manusia sedar bahawa kita hanya ada semalam, esok dan hari ini sahaja. Dan ingat bahawa mati akan tiba, mungkin sebentar lagi, esok ataupun saat ini. Maka mereka akan berusaha bersungguh membuat yang terbaik. Inilah resepi yang saya gunakan dalam hidup saya”
Penulis! Kita perlu beri yang terbaik daripada yang terbaik kerana hidup kita singkat sahaja.
Hasil Perkongsian :Fauzul Naim Ishak
Pengasas/Mentor Utama
AkademiPenulis.Com : Transformasi Dunia Dengan Perkataan
fauzul@bookpro.my
Terkini Dari Setiap Kategori
- Aktiviti/Pengumuman: Seminar Jana Wang Dengan Menulis 17 Januari 2009 - August 10th, 2008
- Dari Pejabat Akademi: Hotel Vistana Kuala Lumpur, Tempat Berlangsungnya Seminar Jana Wang Dengan Menulis 17 Januari 2009 - August 21st, 2008
- Jadi Bestseller: Pengarang Tempatan VS Pengarang Antarabangsa - May 13th, 2008
- Motivasi: Temu Ramah Eksklusif Bersama Tuan Haji Ahmad Fadzli Yusof - August 22nd, 2008
- MQ TV: [VIDEO] Ceramah Pelesenan Hak Cipta di PBAKL 2008 Episod 2 - May 16th, 2008
- Teknik: Memberi Makna Kepada Penulisan - January 18th, 2008
- Utama: Temu Ramah Eksklusif Bersama Tuan Haji Ahmad Fadzli Yusof - August 22nd, 2008
Artikel Lain Dalam Kategori Motivasi
- Temu Ramah Eksklusif Bersama Tuan Haji Ahmad Fadzli Yusof - August 22nd, 2008
- Pulangan Menulis Buku Lebih Baik Dari Pulangan ASB - July 5th, 2008
- [VIDEO] En. Fauzul Naim di USIM Dalam Ceramah Cinta, Lain Dahulu Lain Sekarang Episod 2 - May 15th, 2008
- [VIDEO] En. Fauzul Naim di USIM Dalam Ceramah Cinta, Lain Dahulu Lain Sekarang Episod 1 - May 15th, 2008
- Apakah Skrip Hidup Anda Dalam Bidang Penulisan? - February 14th, 2008












Diskusi
Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!