Kekuatan Minda Penting Kepada Penulis
March 11, 2007 Oleh Fauzul Naim Ishak
Filed under Motivasi
Pertama sekali saya ingin mengucapkan TAHNIAH! Kepada skuad badminton bergu Malaysia di atas kemenangan membawa pulang Kejuaraan All-England. Penantian sejak 25 tahun berakhir semalam. Saya menonton hingga ke saat akhir bola pukulan pasukan China terkeluar daripada gelanggang yang menandakan bahawa Malaysia kali ini membawa pulang Kejuaraan All-England.
Pada pandangan saya penentuan kemenangan seseorang pemain badminton bergantung kepada kekuatan minda mereka. Kita melihat berapa ramai pemain badminton yang dahulunya hebat sekarang sudah merudum. Hafiz Hashim, Roslin Hashim dan ramai lagi sekarang sudah tidak diletakkan harapan tinggi bagi memenangi kejuaraan. Harapan saya bergu Malaysia yang menang malam ini tidak mengulangi kesilapan mereka ini. TAHNIAH! Sekali lagi.
Ait! Tentu orang kata sebab apa saya bercerita mengenai badminton. Bukan itu yang saya ingin ulas sebenarnya. Selama saya menjadi penerbit dan konsultan kepada para penulis buku, ramai yang menelefon saya daripada jam 1 petang hinggalah ke 1 petang semula. Iya! Maksudnya 24 jam ada sahaja yang menelefon menceritakan masalah mereka tidak dapat meneruskan penulisan mereka. Mereka tidak tahu bagaimana hendak keluar daripada apa yang dikatakan sebagai ‘writer’s block‘. Sebagai seorang penulis, kita juga harus ada kekuatan minda. Kekuatan minda mendapat mood penulis pada bila-bila masa. Ini suatu kesukaran yang harus dihadapi oleh para penulis. InsyaAllah dalam artikel selepas ini saya akan bercerita mengenai bagaimana bagi mendapatkan kekuatan minda dan keluar daripada writer’s block. Di samping itu juga, penerusan pengalaman di Jakarta khusus buat semua.
PS: Saya menghadapi keadaan kurang sihat, cirit-birit. Entahlah, mungkin sebab tersilap makanan. Sebab itu beberapa hari terlepas menulis di akademi. Harap para pelawat dapat maafkan saya.
Hasil Perkongsian :Fauzul Naim Ishak
Pengasas/Mentor Utama
AkademiPenulis.Com : Transformasi Dunia Dengan Perkataan
fauzul@bookpro.my
Terkini Dari Setiap Kategori
- Aktiviti/Pengumuman: Seminar Jana Wang Dengan Menulis 17 Januari 2009 - August 10th, 2008
- Dari Pejabat Akademi: Hotel Vistana Kuala Lumpur, Tempat Berlangsungnya Seminar Jana Wang Dengan Menulis 17 Januari 2009 - August 21st, 2008
- Jadi Bestseller: Pengarang Tempatan VS Pengarang Antarabangsa - May 13th, 2008
- Motivasi: Temu Ramah Eksklusif Bersama Tuan Haji Ahmad Fadzli Yusof - August 22nd, 2008
- MQ TV: [VIDEO] Ceramah Pelesenan Hak Cipta di PBAKL 2008 Episod 2 - May 16th, 2008
- Teknik: Memberi Makna Kepada Penulisan - January 18th, 2008
- Utama: Temu Ramah Eksklusif Bersama Tuan Haji Ahmad Fadzli Yusof - August 22nd, 2008
Artikel Lain Dalam Kategori Motivasi
- Temu Ramah Eksklusif Bersama Tuan Haji Ahmad Fadzli Yusof - August 22nd, 2008
- Pulangan Menulis Buku Lebih Baik Dari Pulangan ASB - July 5th, 2008
- [VIDEO] En. Fauzul Naim di USIM Dalam Ceramah Cinta, Lain Dahulu Lain Sekarang Episod 2 - May 15th, 2008
- [VIDEO] En. Fauzul Naim di USIM Dalam Ceramah Cinta, Lain Dahulu Lain Sekarang Episod 1 - May 15th, 2008
- Apakah Skrip Hidup Anda Dalam Bidang Penulisan? - February 14th, 2008












Diskusi
Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!