Keahlian

Pihak Akademi Penulis mewujudkan sayap penting organisasi Akademi Penulis iaitu sayap ALUMNI Akademi Penulis. Ia adalah sebuah komuniti para pengarang yang sudah dilatih di bawah progam anjuran Akademi Penulis secara PUBLIC ataupun CORPORATE. Ia menjadi satu wadah pertukaran pandangan dan pendapat antara ahli bagi mengharmonikan lagi dunia penulisan.

Kelayakan Keahlian ALUMNI Akademi Penulis

Individu yang layak memohon untuk keahlian ALUMNI Akademi Penulis adalah sepertimana berikut:

  • Pernah menghadiri mana-mana program peringkat *ADVANCE
  • Dilantik oleh ahli lembaga pengarah dan penasihat Akademi Penulis
  • Mana-mana peserta yang menghadiri program peringkat *INTRO perlu membuat bayaran keahlian RM50 bagi melayakkan mendaftar diri sebagai ALUMNI Akademi Penulis

*Program ADVANCE adalah program peringkat termaju Akademi Penulis (2 hari ke atas), program INTRO adalah program peringkat asas dan pengenalan (1 hari dan ke bawah). Sila rujuk www.akademipenulis.com untuk maklumat lanjut.

Keistimewaan Keahlian ALUMNI Akademi Penulis

Kami menganggap kesemua ahli ALUMNI Akademi Penulis sebagai rakan kongsi dalam perjuangan Akademi Penulis. Sehubungan itu pihak Akademi Penulis memberikan beberapa faedah dan keistimewaan kepada para ahli ALUMNI.

Keistimewaan yang diperoleh oleh para ahli ALUMNI adalah seperti berikut:

1)    Diskaun Penyertaan Program Akademi Penulis

Para ALUMNI diberikan diskaun bagi menyertai mana-mana program anjuran Akademi Penulis sepertimana berikut:

Jenis Program Diskaun Diberikan
Program dengan kadar yuran RM901 dan ke atas RM100
Program dengan kadar yuran RM900 dan ke bawah RM50

2)    Diskaun untuk Barangan di Laman Online The Next Store

Kami melalui syarikat bersekutu The Next Store memiliki beberapa laman kedai online. Antara yang sudah wujud adalah e-Kedai.net: Kedai Buku Online Anda (www.e-kedai.net). Ada beberapa lagi dalam proses pembangunan.

Khusus untuk para ALUMNI Akademi Penulis, pihak kami memberikan diskaun sebanyak 15% bagi pembelian di kedai-kedai online ini.

3)    Diskaun Perkhidmatan Penerbitan

Kami melalui syarikat bersekutu Book Pro Publishing Services menyediakan perkhidmatan penerbitan dalam bentuk khidmat suntingan, khidmat susun atur huruf (layout), reka bentuk grafik, khidmat melukis ilustrasi, khidmat percetakan dan penjilidan. Boleh rujuk laman web www.penerbitbuku.com.

Khusus buat para ALUMNI kami memberikan diskaun sebanyak 10% untuk semua khidmat diberikan kecuali percetakan dan penjilidan.

4)    Program Ahli Mendapatkan Ahli (PAMA)

Pihak ALUMNI memberikan peluang para ALUMNI bersama-sama pihak Akademi Penulis mempromosikan dan mengembangkan program pembangunan penulis. Ini bagi melahirkan lebih ramai penulis dan membanyakkan bahan penerbitan serta bacaan dalam pasaran di Malaysia khususnya dan dunia amnya.

Sehubungan dengan itu pihak Akademi Penulis memberikan insentif kepada para ALUMNI bagi Program Ahli Mendapatkan Ahli (PAMA) ini. Di bawah PAMA ini, mana-mana ahli mendapatkan peserta untuk bengkel *PUBLIC, menjadi penganjur bersama program PUBLIC ataupun program latihan dalaman *CORPORATE para ALUMNI akan memperoleh insentif sepertimana berikut:

Jenis Program Jenis Insentif
PUBLIC: Program dengan kadar Yuran RM901 dan ke atas Komisyen sebanyak RM50 bagi setiap penyertaan individu (di bawah 6 orang). Bagi penyertaan 6 orang dan ke atas, para ALUMNI akan mendapat tambahan RM10 untuk setiap tambahan penyertaan bagi orang ke enam dan ke atas.
PUBLIC: Program dengan kadar Yuran RM900 dan ke bawah Komisyen sebanyak RM20 bagi setiap penyertaan individu (di bawah 6 orang). Bagi penyertaan 6 orang dan ke atas, para ALUMNI akan mendapat tambahan RM10 untuk setiap tambahan penyertaan bagi orang ke enam dan ke atas.
PUBLIC: Kerjasama penganjuran program latihan awam/public Komisyen sebanyak 5% daripada jumlah pendapatan diperoleh.
CORPORATE: Kerjasama penganjuran program dalaman organisasi swasta ataupun kerajaan Komisyen sebanyak 3% daripada jumlah nilaian projek latihan diperoleh.

*Program PUBLIC adalah program terbuka untuk orang awam, CORPORATE adalah program latihan dalaman organisasi kerajaan ataupun swasta

5)    Klinik Penulisan Percuma

Pihak Akademi Penulis menganjurkan klinik penulisan khusus untuk mana-mana individu yang memerlukan khidmat perundingan para pakar dan jurulatih Akademi Penulis. Klinik penulisan ini kami kenakan RM50 per jam per individu. Namun begitu khusus buat para ALUMNI kami memberikan keistimewaan menghadiri klinik penulisan ini secara percuma. Jadual klinik tertakluk ketetapan Akademi Penulis.

6)    Jemputan Ke Program Perjumpaan ALUMNI Akademi Penulis

Setiap tahun pihak Akademi Penulis akan menganjurkan perjumpaan para ALUMNI Akademi Penulis. Perjumpaan ini diadakan bagi mengadakan sesi pertukaran dan pencernaan idea. Di samping itu juga pihak Akademi Penulis akan memberikan penghargaan kepada para ALUMNI yang Berjaya menerbitkan karya dalam tahun semasa. Pihak Akademi Penulis juga akan menjemput para penerbit buku, akhbar dan majalah bagi sesi-sesi perkongsian maklumat industri daripada mereka.

Pihak Akademi Penulis akan mengenakan caj minimum (tertakluk kepada kos) bagi kehadiran para ALUMNI.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut mengenai keahlian ALUMNI Akademi Penulis ini boleh rujuk langsung kepada saudara Abdul Qahhar Mohd Noor, Timbalan Pengurus Akademi Penulis di talian (+6) 013 628 8614 ataupun Cik Husnidatul Nur Hussain, Eksekutif Akademi Penulis di (+6) 03 4149 2560 ataupun emelkan kepada latihan@akademipenulis.com.

PERHATIAN KEPADA PARA ALUMNI AKADEMI PENULIS

Pihak kami dalam proses membuat pendaftaran semula para ALUMNI Akademi Penulis untuk mewujudkan sebuah pengkalan data yang lebih komprehensif. Pihak kami akan mengirimkan borang pendaftaran ALUMNI Akademi Penulis kepada semua melalui pos ataupun email. Namun begitu bagi mana-mana ALUMNI yang ingin langsung mendaftarkan diri tanpa menunggu kiriman, boleh muat turun borang di pautan di bawah, poskan ke alamat Akademi Penulis ataupun fakskan ke (+6) 03 4149 3560.

Keahlian Alumni Akademi Penulis (Borang) (Klik Kanan dan Save As)

RM100