Jabatan Kerja Raya Melatih Kumpulan Penulis Berkaliber

Perjuangan memperkasakan ummah FINE Academy pada tahun 2012 diteruskan lagi dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR). Pada kali ini FINE Academy melalui divisyen latihannya Akademi Penulis Sdn Bhd diberikan kepercayaan untuk mengendalikan Kursus Penulisan Buku kepada kumpulan pengurusan tertinggi JKR. Kursus ini disampaikan oleh jurulatih utama FINE Training Academy, Tuan Fauzul Na’im Ishak yang juga Presiden FINE Academy. Kursus ini dijalankan selama dua hari iaitu dari 9 hingga 10 April 2012 di Dewan Hibiscus, Tingkat 18, Menara PJD Kuala Lumpur.

Kursus ini dihadiri seramai 12 orang yang meliputi pegawai Gred J52 hingga Gred JUSA B daripada pelbagai cawangan dalam JKR. Ia meliputi beberapa beberapa modul iaitu Dari Mana Datangnya Wang Dalam Penulisan, Pemasaran Tradisional & Non Tradisional Bahan Bertulis, Teknik Adaptasi : Teori & Praktikal, Teknik Menulis Efektif dan Efisien : Tulis, Rakam & Susun, Kreativiti & Kesegaran Idea, Pelan Operasi Penulisan : Permulaan Penentu Segar, Anatomi Buku, Pengarang & Undang-undang : Kenali Hak Anda, dan Mengenali Dunia Penulisan & Penerbitan : Motivasi & Pengalaman.

Kumpulan peserta Kursus Penulisan Buku JKR

Kumpulan peserta Kursus Penulisan Buku JKR

Pandangan peserta yang menghadiri kursus ini

Ia membuka minda terhadap suatu bidang kerjaya yang boleh menjamin masa depan. Selain dari itu, program ini menjelaskan perkara-perkara penting dalam bidang penulisan dan penerbitan.

-Farid bin Jamaludin, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Senggara Fasiliti Jalan, JKR

Kursus ini telag memberikan ilmu dalam menghasilkan penulisan yang boleh menjadi rujukan generasi masa depan. Perjalanan kursus baik dan penceramah ikhlas dalam menyampaikan ilmu.

-Mohd Aminudin Md Amin, Pengarah CPK

Isi kursus adalah amat relevan dengan keperluan dan tujuan peserta menghadiri kursus ini.

-Kamaluddin Abdul Rashid, Ketua Pengarah Kanan, Cawangan Kej. Awam, Struktur dan Jambatan, Ibu Pejabat JKR Malaysia

[nggallery id=3]

Mari Berdiskusi Di Sini