Jabatan Alam Sekitar Memperkasa Penulisan Artikel untuk Buletin Organisasi

Tim Akademi Penulis sekali lagi mendapat kepercayaan daripada organisasi kerajaan untuk mengendalikan Bengkel Penulisan Buletin & Rencana. Untuk bengkel kali ini, tim Akademi Penulis bersama-sama 30 orang kakitangan Jabatan Alam Sekitar (JAS) bersama-sama menyusuri keseronokkan bidang penulisan.

Bertempat di Ibu Pejabat JAS sendiri di Putrajaya, bengkel penulisan buletin & rencana ini berlangsung dengan suasana penuh meriah. Bengkel ini dibimbing oleh jurulatih kanan Akademi Penulis yang sememangnya amat berpengalaman dalam bidang penulisan rencana, Tuan Zamri Mohamad.

Perbincangan dalam kumpulan

Jabatan Alam Sekitar konsisten dalam usaha memberi maklumat kepada masyarat berkenaan isu alam sekitar. Melalui penulisan artikel bagi buletin Impak dan Era Hijau, ia mencapai sasaran ke sekolah-sekolah, institusi dan organisasi bagi memberi momentum kepada khalayak dengan input yang segar dan berimpak tinggi.

Paling menarik, buletin yang diterbitkan terbuka kepada sumbangan orang ramai. Artikel yang berkualiti diberikan honorarium dan disiarkan dalam kedua-dua buletin ini.

Teknik adaptasi turut dikongsi

Rahsia mencari maklumat turut didedahkan

Peserta sedang menyusun isi penulisan

Menterjemahkan penulisan untuk dibentangkan

Peserta sedang menjalani kaedah KJ Menthode

Peserta turut merakamkan memori sebelum bersurai

Kami di Akademi Penulis akan bersama-sama dalam peperangan menawan hati dan fikiran rakyat bersama Jabatan Alam Sekitar, membekalkan kemahiran penulisan berimpak tinggi bagi mencetus gelombang ilmu dan kesedaran kepada pembaca.

Antara testimonial daripada peserta kali ini :

“Banyak membantu saya dalam pencarian maklumat dalam menghasilkan karya dan hasil penulisan. Teknik-teknik penulisan yang tidak pernah diketahui oleh saya. Terima kasih atas pengetahuan yang amat berharga ini. Moga Allah merahmati Tuan” Farah Nadiah Mohd Noor, Pembantu Perpustakaan, Jabatan Alam Sekitar/Komunikasi Strategik/Library

“Insan biasa dapat mengenali potensi dunia penulisan dan input-input untuk menghasilkan artikel terbaik untuk jabatan” Abd Aziz bin Ismail, Jabatan Alam Sekitar, Penolong Pegawai Kawalan Alam Sekitar

“Memberi pendedahan tentang teknik-teknik penulisan, kaedah pantas, cepat dan betul bagi mencari maklumat tambahan sebelum menulis” Mohd Riduan Ghani, Pen. Peg. Ramalan, Alam Sekitar

Emel jemputan ke info@fineacademy.com.my bagi bengkel penulisan rencana.

Mari Berdiskusi Di Sini