Inovasi Terbaru Dunia Penulisan: Kanvas Penulis Super diperkenalkan

3 Jun 2017- Akademi Penulis buat julung-julung kali menganjurkan bengkel bersempena Ramadhan. Bengkel Ekspress: Tulis Buku Pertama berlangsung pada 3 Jun 2017.

Bengkel sehari suntuk ini dikendalikan oleh Tuan Fauzul Na’im Ishak, Pengarah Penerbitan PTS Media Group Sdn Bhd merangkap pengasas Akademi Penulis. Pada bengkel kali ini buat pertama kalinya Tuan Fauzul memperkenalkan kaedah ‘positioning’ penulisan menggunakan Kanvas Penulis Super.

Kanvas Penulis Super ini diadaptasikan daripada Business Model Canvas ciptaan Alexander Osterwalder ini membahagikan perancangan penulisan kepada 9 petak kanvas.

Ini adalah inovasi terbaru yang diperkenalkan oleh Akademi Penulis dalam bengkel penulisan. InsyaAllah kaedah ini akan diguna pakai secara meluas dalam bengkel-bengkel penulisan anjuran Akademi Penulis di masa hadapan.

Para peserta yang hadir dalam Bengkel Ekspress Tulis Buku Pertama

About The Author

Pentadbir Akademi Penulis

Akademi Penulis Sdn. Bhd. (Akademi Penulis) adalah sebuah syarikat milik penuh bumiputera yang mengkhusus dalam bidang latihan dan pembangunan penulis. Dahulunya Akademi Penulis bermula daripada sebuah laman blog www.akademipenulis.com milik En. Fauzul Na’im Ishak. Beliau adalah seorang penerbit buku, penulis dan jurulatih pembangunan penulis. Di blog ini dikongsikan pengalaman harian beliau berkecimpung dalam bidang penulisan dan penerbitan buku. Blog itu dinaik taraf menjadi portal akademi virtual dan menawarkan kursus dalam bidang penulisan di bawah jenama syarikat, B Pro Management & Training. Bermula 10 Mac 2009, Akademi Penulis sudah berstatus Sdn. Bhd. Akademi Penulis dibangunkan di bawah satu sistem latihan bersepadu gabungan kepakaran para pakar dalam industri buku Malaysia. Para mentor dan jurulatih Akademi Penulis adalah di kalangan pengamal industri. Ini berbeza dengan program pembangunan penulis lain yang dianjurkan oleh para ahli akademik. Mereka ini mempunyai ilmu akademi yang tinggi tetapi tidak pernah mengaplikasikannya. Kami di Akademi Penulis adalah dari kalangan orang yang mengamal dan terjun secara langsung dalam bidang ini. Mengetahui pahit maung dunia penulisan dan penerbitan buku. Taktik, strategi, kaedah pemasaran, kaedah penulisan dan apa sahaja di sini sudah diuji keberkesanannya.

Mari Berdiskusi Di Sini