Hotel Vistana Kuala Lumpur, Tempat Berlangsungnya Seminar Jana Wang Dengan Menulis 17 Januari 2009
August 21, 2008 by Fauzul Naim Ishak
Filed under Dari Pejabat Akademi, Utama
Saya dengan bangganya mengumumkan dengan rasmi bahawa Hotel Vistana Kuala Lumpur adalah tempat penganjuran Seminar Jana Wang Dengan Menulis yang berlangsung pada 17 Januari 2009. Ada beberapa sebab mengapa hotel ini dipilih oleh pihak pengurusan Akademi Penulis.
Pihak pengurusan menetapkan beberapa kriteria pemilihan. Tempat dipilih haruslah tidak terlalu mahal dan tidak terlalu murah. Status hotel perlu sekurang-kurangnya 4 bintang kerana apabila begitu, ia mempunyai kemudahan yang baik bagi menjalankan program. Tempat bengkel seharusnya suatu tempat yang menjana minda dan merangsang minda. Saya tidak berapa suka dengan idea memilih tempat yang hanya melihat dinding sahaja dengan tiada tempat untuk menghirup udara segar. Di samping itu juga kriteria tempat dipilih mempunyai pusat aktiviti yang berpusat. Segala proses bengkel, seminar, makan dan minum dibuat dalam satu tempat bagi memudahkan dan melancarkan program.
Di samping itu juga ia haruslah berdekatan dengan pengangkutan awam bagi memudahkan peserta ke sana. Dekat dengan jalan raya, tidak perlu ke sana dengan kereta. Kesemua kriteria ini dipenuhi oleh Hotel Vistana. Hotel Vistana adalah hotel 4 bintang yang mempunyai ciri berikut:
- Bilik disediakan bersebelahan dengan kawasan kolam renang terbuka dengan aturan menarik. Ia merangsang minda dan mata. Kawasan sebegini memudahkan para peserta keluar untuk menenangkan fikiran.
- Biliknya berpusat yang mana kesemua aktiviti diadakan dalam satu bilik saja.
- Surau berdekatan dengan tempat seminar.
- Berdekatan dengan pengangkutan awam terdekat. Mempunyai akses terdekat dengan STAR LRT, KL Monorel, Stesen Bas Pekeliling dan Stesen Bas Terminal Putra bagi peserta dari timur.
- Makanan yang disediakan juga berada dalam kelas tersendiri. Ini perlu dialami apabila menghadiri seminar nanti.
Bersama ini saya sertakan koleksi gambar tempat seminar di Hotel Vistana, ia bukan untuk iklan tetapi bagi memberikan inspirasi kepada peserta dan bakal peserta.
Hasil Perkongsian :Fauzul Naim Ishak
Pengasas/Mentor Utama
AkademiPenulis.Com : Transformasi Dunia Dengan Perkataan
fauzul@bookpro.my
Terkini Dari Setiap Kategori
- Aktiviti/Pengumuman: Mentor Utama Akademi Penulis di Bengkel Penulisan Buku Akademik Institut Perguruan Sultan Abdul Halim - November 1st, 2008
- Corat Coret: Lagi Ulasan En. Zakaria Sungib Mengenai Bengkel Penulisan Buku Umum Bukan Fiksyen Tempoh Hari - November 12th, 2008
- Dari Pejabat Akademi: Bengkel Penulisan Buku Umum Bukan Fiksyen Dana Penggerak Industri Buku Berjaya - November 7th, 2008
- Jadi Bestseller: Pengarang Tempatan VS Pengarang Antarabangsa - May 13th, 2008
- Motivasi: Penulisan Adalah Satu Seni, Penerbitan Adalah Bisnes - November 12th, 2008
- MQ TV: [VIDEO] Ceramah Pelesenan Hak Cipta di PBAKL 2008 Episod 2 - May 16th, 2008
- Teknik: Memberi Makna Kepada Penulisan - January 18th, 2008
- Utama: Bengkel Penulisan Buku Umum Bukan Fiksyen Dana Penggerak Industri Buku Berjaya - November 7th, 2008
Artikel Lain Dalam Kategori Dari Pejabat Akademi
- Bengkel Penulisan Buku Umum Bukan Fiksyen Dana Penggerak Industri Buku Berjaya - November 7th, 2008
- Akademi Penulis Dilantik Sebagai Perunding Bengkel Penulisan Umum Bukan Fiksyen Dewan Bahasa & Pustaka - November 1st, 2008
- Akademi Penulis Berwajah Baru - October 21st, 2008
- JomTraining Sebagai Tempat Bengkel Intensif - September 6th, 2008
- Sasaran Pelancaran 1 Oktober 2008 Berjalan Lancar - September 6th, 2008













Comments
Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!