Hentikan Menfitnah Dunia Buku!!!
April 24, 2008
Semalam 23 hb. April 2008 adalah HARI BUKU SEDUNIA. Hari yang diwujudkan bagi memberikan penghargaan kepada dunia pembacaan dan penerbitan buku.
Pada tahun-tahun sebelum ini, pada tarikh inilah dilaksanakan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Namun begitu pada tahun ini disebabkan perkara-perkara yang tidak boleh dielakkan, tarikhnya terpaksa dianjakkan lebih awal.
Semalam sepanjang jalan daripada Bentong ke Kuala Lumpur yang merupakan rutin saya bersama isteri setiap hari. Saya mendengar celoteh pemudahcara (anchor) Radio 24 bercerita mengenai dunia buku dan hari buku. Yang saya agak kecewa fakta pembaca Malaysia yang sama diperdengarkan, 2 buku setahun. Ini lebih baiklah daripada 2 helai muka surat sebelum ini.
Walaubagaimanapun saya kecewa kerana fakta yang didendangkan ini adalah fakta tidak dikemaskini dengan penyelidikan mendalam. Setakat yang saya tahu ia adalah hasil siasatan di Perpustakaan Negara Malaysia bukannya menyeluruh ke seluruh negara.
Bagi saya, kerajaan seharusnya membuat kajian mendalam mengenai dunia pembacaan buku Malaysia dan mendapatkan statistik sebenar serta berterusan. Bukan hanya mengambil statistik yang diragui ini dan mendendangkannya ke serata dunia. Buat kajian dahulu, bukan hanya terima pakai sahaja semua benda. Ini yang saya kecewa.
Tidak Benarkah Statistik Itu?
Mungkin ada yang bertanya soalan ini. Ini sedikit perkembangan dunia buku :
a) Statistik pengunjung Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008 mencecah 2 juta pengunjung, berbanding dengan 1.02 juta pada tahun 2007 dan kurang 800 ribu pada tahun 2006. Peningkatan seratus peratus.
b) Bilangan kedai buku berantai yang semakin banyak. Popular Bookstore mensasarkan sebanyak 100 kedai buku seluruh negara. MPH dan Borders ada rancangan membanyakkan rangkaiannya. Yang terbaru di KUching, Sarawak. Tidak akan ada pelabur yang sudi melabur dalam industri yang malap.
c) Pertumbuhan lebih ramai penerbit baru yang membawa citarasa baru.
d) Jualan keseluruhan buku PTS meningkat pada kadar 80 ke 100 peratus setiap tahun. Bagaimana boleh meningkat jika tiada pembaca buku.
Hentikan dan Mula Buat Kerja
Saya pohon pihak kerajaan menghentikan lagu dendang pembaca Malaysia tidak baca buku ini selagimana tidak ada statistik rasmi seluruh pembaca buku Malaysia. Ia memberi kesan yang cukup tidak baik kepada industri buku. Antara yang saya boleh lihat dan fikir :
a) Para pelabur terutamanya bank tidak mahu melabur ke dalam industri buku. Dendangan lagu sebegini menyebabkan mereka berasa gusar untuk memberikan bantuan kepada pemain-pemain baru industri buku.
b) Penulis putus asa. Makin kuat didendangkan lagu-lagu sedih ini menyebabkan makin malap dunia penulisan buku. Para penulis berasa takut dan putus asa dengan mitos-mitos ini. Walaupun ia tidak benar, tetapiapabila didengarkan selalu ia menjadi sedap dan menjadi barah dalam diri para penulis.
c) Imej dunia buku juga menurun. Apabila disebut dunia buku, pasti orang berkata “Orang Malaysia baca buku kah?”, “Orang Malaysia mana baca buku” dan pernyataan negatif lain.
HENTIKAN MENFITNAH DUNIA BUKU! Buat kerja! Jangan hanya sekadar membuat telahan.
Hasil Tulisan :Fauzul Na'im Ishak
Pengarah & Jurulatih
Akademi Penulis Karya Bestseller
fauzul@bookpro.my
Artikel Terkini Daripada Setiap Kategori
- Coretan: Apabila Editor Dianggap Robot - July 10th, 2008
- Jadi Bestseller: Pengarang Tempatan VS Pengarang Antarabangsa - May 13th, 2008
- Makan Karya: PBAKL 2008 Yang Penuh Kejutan!! - April 14th, 2008
- Motivasi: Ulasan Zamri Mohamad Mengenai Forum Realiti Bisnes Malaysia - July 23rd, 2008
- MQ TV: [VIDEO] Ceramah Pelesenan Hak Cipta di PBAKL 2008 Episod 2 - May 16th, 2008
- Pengarang: Pengarang Berjiwa Besar, Pengarang Berjiwa Kecil - April 16th, 2008
- Pengumuman: En. Fauzul Secara Langsung di Selamat Pagi Malaysia 27 Julai 2008 - July 20th, 2008
- Teknik: Memberi Makna Kepada Penulisan - January 18th, 2008
- Utama: Pulangan Menulis Buku Lebih Baik Dari Pulangan ASB - July 5th, 2008
Artikel Lain Dalam Kategori Coretan
- Apabila Editor Dianggap Robot - July 10th, 2008
- Politik Yang Merugikan Dunia Buku - July 4th, 2008
- Catatan Perjalanan Jogjakarta : Hari Pertama - June 29th, 2008
- Jogjakarta yang Menakjubkan - June 27th, 2008
- Pandangan Berbeza Yang Membuka Minda - June 18th, 2008
Comments
2 Responses to “Hentikan Menfitnah Dunia Buku!!!”
Got something to say?








Rasanya, saya bersetuju dgn pandangan En. Fauzul terhadap usul di atas. Fakta 2 buku setahun itu terlalu digembar-gemburkan. Pada saya ia mungkin cuma suatu sejarah. Dalam dunia serba canggih ini, ledakan maklumat tak terbendung. Bermacam cara maklumat boleh disalurkan. Media elektronik juga media cetak. Penggabungan kedua kaedah membolehkan penyampaian maklumat lebih berkesan dan mengesankan.
Kita membaca kerana banyak sebab. Utamanya, membaca untuk mendapat ilmu. Ilmu untuk diamalkan. Ilmu ini bukan sahaja yg bersifat teknikal, malah juga boleh jadi spiritual. Ini mewujudkan banyak buku-buku motivasi di pasaran. Terlihatlah bhw dlm kehidupan serba canggih, modal insan itu sendiri perlukankan kepada ‘recharge’. Ini kerana insan itu sendiri hakikatnya serba lemah. Perlu kepada saling ingat-mengingatkan. Perlu kepada perbandingan.
Teringat untuk mengimbas maksud surah Al-Alaq:
1. Bacalah (wahai Muhammad dgn nama Tuhanmu yg menciptakan (sekalian makhluk),
2. Ia menciptakan manusia dr sebuku darah beku;
3. Bacalah, dan Tuhanmu Yg Maha Pemurah,
4. Yg mengajar manusia melalui pena dan tulisan,
5. Ia mengajar manusia apa yg tidak diketahuinya…….
Membaca perlu menjadi suatu kelangsungan dlm hidup. Membaca untuk mengetahui apa shj yg masih belum kita ketahui. Mustahak juga membaca dimulai Bismillah….
Terdapat tiga pameran buku diadakan dalam bulan April dan Jun tahun ini. Saya kurang pasti ini sesuatu yang bagus untuk pembangunan minat membaca di Malaysia kerana menyajikan pilihan ataupun menunjukkan seolah-olah ada pola membaca yang berbeza dikalangan rakyat Malaysia. Pameran tersebut adalah:
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008 (4-13 April 2008)
KL Alternative Bookfest (3 – 4 May 2008)
Book Fest@Malaysia 2008 (May 24 – June 1)
Saya meluangkan masa untuk melihat sendiri Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di Pusat Dagangan Dunia Putra. Saya diberitahu ramai pengunjung akan melawat pameran ini dan peluang pertama kali untuk mencari buku ilmiah dan rujukan seharusnya digunakan sepenuhnya. Namun hati saya agak terkilan bila melihat buku-buku yang dipamerkan. Agak aneh pesta buku antarabangsa tidak melibatkan ramai penerbit-penerbit antarabangsa. Ada satu dua kedai dari tanah tanah Arab, saya kira, Brunei dan Indonesia.
Kebanyakan buku yang dipamerkan melibatkan buku-buku berkaitan dengan pendidikan dan pembelajaran formal yang semestinya dibaca oleh pelajar-pelajar sekolah dan instituti pengajian tinggi. Pameran lain lebih kepada novel-novel popular dan buku-buku berkaitan dengan keagamaan.
Saya tidak anggap pembacaan novel atau buku keagamaan sesuatu yang tidak positif. Saya juga agak tertarik dengan apa yang di pamerkan oleh penerbit SABA sebenarnya. Saya masih mengira ini sebagai sesuatau yang perlu digalakkan, namun jenis pembacaan yang tidak meluas ini agak mengecewakan. Saya kira kebanyakan pembaca di Malaysia hanya membaca buku sebagai satu kewajipan semasa belajar, namun membaca kerana mencari pengetahuan umum agak kurang.
Saya kurang pasti membaca dua buah buku setahun melambangkan keadaan sebenar. Walau apapun jumlah sebenar dibaca yang dibaca rakyat Malaysia, jika apa yang saya lihat di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur melambangkan jenis pembacaan di Malaysia, ianya mengecewakan.