Hari Kedua Bengkel Penulisan Berita & Rencana IAB

Hari ini adalah hari kedua Bengkel Penulisan Berita & Rencana di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands. Hari ini sepanjang hari En. Zamri Mohamad memberikan input mengenai kaedah penulisan, teknik membuat dan menulis dalam blog dan mengenal pasaran.

Kehadiran hari bertambah daripada sekadar 13 orang semalam kepada 19 orang hari ini. Harapan Akademi Penulis bengkel ini dapat memberikan impak baik dalam melahirkan lebih ramai penulis di Malaysia. Koleksi gambar hari kedua disertakan di bawah.

About Pentadbir Akademi Penulis
Akademi Penulis Sdn. Bhd. (Akademi Penulis) adalah sebuah syarikat milik penuh bumiputera yang mengkhusus dalam bidang latihan dan pembangunan penulis. Dahulunya Akademi Penulis bermula daripada sebuah laman blog www.akademipenulis.com milik En. Fauzul Na’im Ishak. Beliau adalah seorang penerbit buku, penulis dan jurulatih pembangunan penulis. Di blog ini dikongsikan pengalaman harian beliau berkecimpung dalam bidang penulisan dan penerbitan buku. Blog itu dinaik taraf menjadi portal akademi virtual dan menawarkan kursus dalam bidang penulisan di bawah jenama syarikat, B Pro Management & Training. Bermula 10 Mac 2009, Akademi Penulis sudah berstatus Sdn. Bhd. Akademi Penulis dibangunkan di bawah satu sistem latihan bersepadu gabungan kepakaran para pakar dalam industri buku Malaysia. Para mentor dan jurulatih Akademi Penulis adalah di kalangan pengamal industri. Ini berbeza dengan program pembangunan penulis lain yang dianjurkan oleh para ahli akademik. Mereka ini mempunyai ilmu akademi yang tinggi tetapi tidak pernah mengaplikasikannya. Kami di Akademi Penulis adalah dari kalangan orang yang mengamal dan terjun secara langsung dalam bidang ini. Mengetahui pahit maung dunia penulisan dan penerbitan buku. Taktik, strategi, kaedah pemasaran, kaedah penulisan dan apa sahaja di sini sudah diuji keberkesanannya.

Comments

  1. muharrikdaie says:

    Salam,

    Saya ingin menjadi penulis buku kerana minat yang mendalam namun saya tidak ada asas asas penulisan.

    Saya ingin bertanya, adakah kursus asas penulisan yang dianjurkan oleh akademi bagi saya yang baru baru nak berjinak dan baru nak belajar menulis ini?

    Harap dapat respon dari tuan.

    Tkasih

  2. Dalam masa terdekat pihak kami akan menganjurkan Seminar Penulisan Buku Popular di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada 10 Oktober 2009. Jika Tuan berminat boleh hubungi saudara Qahhar di 0136288614 ataupun 0341492560.

Speak Your Mind

*