Galeri


Galeri ini adalah koleksi gambar aktiviti Akademi Penulis Karya Bestseller diwakili En. Fauzul Na’im Ishak. Ia termasuklah sesi ceramah, bengkel, seminar dan lawatan kerja ke luar negara.

Forum Realiti Bisnes Malaysia di Universiti Islam Antarabangsa 20 Julai 2008

Pihak UIAM menjemput En. Fauzul Na'im menjadi panelis bagi Forum Realiti Bisnes Malaysia pada 20 Julai 2008. Panelis lain yang turut dijemput adalah En. Ann Wan Seng, Muhammad Faisal Sharbudin dan moderatornya saudara Zamri Mohamad

12 Photos

Ceramah Komik Malaysia di Mid Valley Megamall 13 Julai 2008

Pihak MDEC menjemput En. Fauzul Na'im Ishak menyampaikan ceramah di IPCC Mid Valley Megamall pada 13 Julai 2008

5 Photos

Bengkel Perancangan Pemantauan Serta Penerbitan Buku & Penulisan Saintifik (29 Jun 2008)

En. Fauzul Na'im Ishak dijemput bagi menyampaikan ceramah mengenai dunia penerbitan buku di Malaysia di Bengkel Perancangan Pemantauan Serta Penerbitan Buku & Penulisan Saintifik pada 29 Jun 2008 anjuran Kumpulan Antioksidan, Fakulti Perubatan & Kesihatan UKM

11 Photos

Pelancaran Buku Aura Penyembuhan Reiki terbitan PTS Millennia di Hotel Grand Bluewave, Shah Alam 28 Jun 2008

Koleksi foto pelancaran buku Aura Penyembuhan Reiki terbitan PTS Millennia Sdn Bhd. Buku ini adalah buku pertama seumpamanya dalam bahasa Melayu. En. Fauzul Na'im dijemput berucap mewakili Kumpulan PTS di Hotel Grand Bluewave, Shah Alam

15 Photos


Lawatan Ke Jogjakarta Hari Pertama (23 Jun 2008)

Koleksi gambar pada hari pertama rombongan kerja ke Jogjakarta. Dari Malaysia ke Jogjakarta hinggalah temujanji pertama dan kedua

12 Photos

Lawatan Ke Jogjakarta Hari Kedua (24 Jun 2008)

Lawatan kerja hari kedua. Dari Galangpress, Al-Furqan, Andi Publisher, Togamas hingga pertemuan di hotel di malam hari.

34 Photos

Lawatan Ke Jogjakarta Hari Ketiga (25 Jun 2008)

Lawatan hari ketiga di Jogjakarta. Dari Borobodur, ke Malioboro hinggalah pulang ke Malaysia

7 Photos

Jemputan Sebagai Panelis Rancangan Keluarga Di 9, TV9

En. Fauzul Na'im dijemput bagi menjadi ahli panel Rancangan Keluarga Di 9 di saluran TV9 Media Prima. Topik perbincangan adalah Adat Perkahwinan Melayu. Rancangan disiarkan secara langsung pada 28 April 2008

4 Photos

Ceramah di Bengkel Dakwah Kitabah HELWA ABIM Selangor 29 Mac 2008

En. Fauzul Na'im Ishak diminta menyampaikan ceramah mengenai dunia penulisan & penerbitan buku masa kini. Para pesertanya dari kalangan para ahli HELWA ABIM Selangor

4 Photos

Foto Ramah Mesra Pertubuhan Perunding Latihan & Motivasi Islam Malaysia (TAMRIN) 28 Mac 2008

Pertubuhan Perunding Latihan & Motivasi Muslim (TAMRIN) adalah pertubuhan yang diwujudkan bagi menyatukan semua perunding motivasi Malaysia. Ini adalah foto pelancaran TAMRIN yang diadakan di Hotel De Palma. En. Fauzul Na'im adalah salah seorang AJK TAMRIN Pusat

10 Photos

Bengkel Pemasaran Bahan Ilmiah anjuran Penerbit Universiti Sains Malaysia di USM Pulau Pinang

En. Fauzul dijemput Penerbit USM memberikan input mengenai pemasaran bahan ilmiah kepada semua penerbit di bawah Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia yang terdiri daripada penerbit-penerbit universiti seluruh Malaysia. Program diadakan di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

6 Photos

Bengkel Penulisan Ilmiah Dewan Bahasa & Pustaka

En. Fauzul Na'im dijemput oleh Dewan Bahasa & Pustaka menyampaikan ceramah mengenai hak cipta dan pelesenan karya ke luar negara. Beliau berpengalaman mengendalikan pelesenan karya antarabangsa terutamanya negara Indonesia. Antara peserta program ini adalah wakil daripada Dewan Bahasa Brunei

9 Photos