Galeri
Koleksi gambar aktiviti anjuran dan kendalian Akademi Penulis Sdn. Bhd. . Di samping itu juga dimasukkan gambar ceramah kendalian para mentor Akademi Penulis buat tatapan semua.
Akademi Penulis Sdn. Bhd. menganjurkan Bengkel Praktikal Penulis Bestseller 2 pada 18 & 19 Julai 2009. Bengkel ini adalah yang kedua seumpamanya dianjurkan oleh Akademi Penulis. Pada kali ini para peserta terdiri daripada golongan professional, guru, arkitek, pensyarah, ketua jabatan kerajaan, pegawai penerbitan dan sebagainya. Amat menggembirakan, generasi baru penulis di Malaysia. Apa yang paling menggembirakan Akademi Penulis adalah kehadiran Timbalan Ketua Pengarah MAMPU, Jabatan Perdana Menteri, En. Ab. Rahim sebagai peserta bengkel kali ini.
121 Photos
AkademiPenulis.Com diwakili jurulatih utama, En. Fauzul Na'im Ishak, perunding kanan En. Zamri Mohamad & En. Muhammad Ikram Wazir dan En. Najib M Noor, eksekutif kanan FNSB berkampung di Hotel MITC Ancasa Hotel daripada 10 hingga 13 Februari 2009. Ia bagi mengendalikan bengkel penulisan intensif Bahagian Teknik & Vokasional KPM bagi menghasilkan penulisan buku bertajuk Citra Kecemerlangan Pendidikan Teknik & Vokasional. Ia disertai 31 orang pegawai BPTV, pengetua dan guru kanan sekolah menengah teknik seluruh Malaysia.
66 Photos
Pihak Akademi Penulis dilantik sebagai perunding latihan penulis bagi Bahagian Teknik & Vokasional Kementerian Pelajaran Malaysia. Satu bengkel diadakan di Hotel Goldcourse, Klang, Selangor daripada 19 hingga 22 Januari 2009. Ia dihadiri oleh 32 orang pegawai BPTV termasuk pengetua dan guru cemerlang sekolah menengah teknik seluruh Malaysia
138 Photos
En. Fauzul Na'im dijemput oleh Dewan Bahasa & Pustaka menyampaikan ceramah mengenai hak cipta dan pelesenan karya ke luar negara. Beliau berpengalaman mengendalikan pelesenan karya antarabangsa terutamanya negara Indonesia. Antara peserta program ini adalah wakil daripada Dewan Bahasa Brunei
9 Photos




No comments yet... Be the first to leave a reply!