Dunia Penerbitan Buku Dicemari Dengan Korupsi? Projek BTP? Pelik Tapi Benar

October 4, 2007

Tidak berapa lama dahulu kita digemparkan dengan laporan Ketua Audit Negara bahawa berlaku salah guna kuasa sehingga beberapa perbelanjaan kerajaan diragui. Ada sebut harga diberikan dan bayaran dibuat amat pelik serta luar biasa.

Ini sudah mula menular kepada dunia perbukuan Malaysia, tempoh hari senarai buku bagi pembekalan buku ke Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia sudah diumumkan. Senarai buku dan kontraktor yang berjaya memperoleh kontrak tersebut sudah diumumkan.

Bahagian Tekologi Pendidikan mempunyai kontrak tahunan terbesar. Mereka membekalkan keseluruhan buku tersebut kepada pusat-pusat sumber sekolah seluruh Malaysia. Tahun ini nilai kontrak adalah RM 60 JUTA. Banyakkan?

Satu perkara yang mengejutkan, daripada senarai buku yang memperoleh kontrak ini adalah daripada kalangan penerbit yang saya sendiri tidak kenali dan tahu kewujudannya. Dunia penerbitan buku bukanlah besar sangat, semua penerbit kenal penerbit lain.

Yang Pelik Lagi

Yang pelik lagi, penerbit-penerbit buku terkenal dengan produk berkualiti sepertimana Kumpulan PTS, Dewan Bahasa & Pustaka dan Utusan Publications, buku-bukunya hanya 3 ke 4 buah sahaja terpilih. Sedangkan buku-buku yang terpilih lain kita pun boleh pertikaikan kualitinya.

Yang pelik lagi, ada buku sama dihantarkan oleh dua pembekal. Pembekal pertama menawarkan harga RM19.00 dan pembekal kedua menawarkan RM79.00. Pembekal pertama tidak dapat, tetapi pembekal kedua yang dapat. Dapat bukan buat satu ataupun dua naskhah, tetapi beratus naskhah.

Yang pelik lagi, ada satu ensiklopedia dari negara India yang kita boleh mempertikaikan pengisiannya sama ada sesuai untuk sekolah di Malaysia ataupun tidak. Ensiklopedia ini berharga ratusan ringgit dan beratus naskhah dipesan melalui pembekalan ini. Ensiklopedia tempatan yang sudah terjamin kualiti dengan panel penilai terkenal dengan kepakarannya tidak dapat.

Yang pelik lagi, ada khabar angin mengatakan bahawa ada pegawai dalam BTP menubuhkan beberapa syarikat sendiri juga membuat penawaran dan berjaya. Siapakah yang meluluskannya?

Yang pelik lagi, ada syarikat yang berjaya dalam tawaran kontrak ini hanyalah perniagaan perkongsian ataupun persendirian dan alamat yang dikemukakan adalah alamat rumah. Boleh berjaya mengalahkan syarikat sendirian berhad yang jelas mempunyai jumlah modal berbayar dan mempunyai bangunan operasi sendiri. Perniagaan itu pula tidak ada sejarah prestasi silam yang baik berbanding syarikat sendirian berhad, sudah bertahun-tahun membekalkannya.

Kesemua ini pelik tapi benar. Mungkin ada orang bertanya benarkah apa yang dikata dalam blog saya ini. Jika mahukan bukti, kita menyimpan segala rekod tersebut. Dokumen penawaran, senarai buku dan pembekal semuanya ada di tangan. Inilah yang menjadi kerisauan di kalangan penerbit. Kita bekalkan buku tidak berkualiti kepada sekolah. Bagaimana kita hendak meningkatkan kualiti pembelajaran di sekolah.

Tambahan lagi, dunia penerbitan buku sudah menjadi ruang gelap tangan-tangan korupsi ini. Siapa yang harus diambil tindakan dan mengambil tindakan? BPR? Kementerian Pelajaran Malaysia? Menteri Pelajaran dan timbalannya? Pegawai BTP? ataupun ada kambing hitam yang akan tertangkap dan disembelih selepas ini? Kita tunggu dan lihat.

Saya tidak hendak politikkan perkara ini cuma pihak berkuasa perlu mengambil tindakan sebab perkara ini melibatkan pendidikan anak bangsa. Apabila bahan berkualiti yang sepatutnya sampai kepada tangan mereka tidak sampai. Yakin percayalah di masa hadapan generasi yang terhasil daripada sistem sebegini juga tidak berkualiti.

Hasil Tulisan :

Fauzul Na'im Ishak
Pengarah & Jurulatih
Akademi Penulis Karya Bestseller
fauzul@bookpro.my

Artikel Terkini Daripada Setiap Kategori

Artikel Lain Dalam Kategori Coretan

Bookmark Artikel Ini :
  • Digg
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • Facebook
  • Google
  • YahooMyWeb

Comments

4 Responses to “Dunia Penerbitan Buku Dicemari Dengan Korupsi? Projek BTP? Pelik Tapi Benar”

  1. Zamri Mohamad on October 4th, 2007 7:40 am

    Isu ini boleh dibawa ke akhbar The Star

  2. Azree MH on October 4th, 2007 1:42 pm

    Hurm. Korupsi… korupsi….

    Hurm. Nampaknya yang berkomplot dengan mereka sahajalah yang mendapat tender.

  3. atoqa' on October 4th, 2007 2:05 pm

    iyelah, nampaknya ada yang tak betul kat situ. masalah juga bila public sector accounting tak di urus dgn baik. labih teruk lagi bila golongan2 ni berpakat. apa fungsi auditor? hanya bagi pandangan yang true and fair view sahajakah? kuasa untuk dapat semua maklumat yang ada pada auditor patutnya dipraktikkan..barulah tak ada nanti conflict of interest.
    soal siasat secara menyuluruh semuanya barulah orang tak berani nak buat salah..dan keluarkan audit report yang sepatutnya..apapun fingsi audit ialah untuk kenalpasti masalah dan masalah tu tak akan berulang untuk next accounting period.
    semoga tidak berulang di masa hadapan.

  4. usama on May 5th, 2008 1:46 pm

    saya amat bersetuju dengan penulisan saudara bahawa terdapat korupsi di dalam BTP…ini bukan sahaja terjadi di bahagian pembekalan buku..tetapi terjadi pada pemberian tender bagi membangunkan perisian courseware dimana sebelum tender dikeluarkan terdapat maklumat tertentu sudah dibocorkan kepada syarikat-syarikat yang mungkin juga syarikat tersebut adalah perkongsian pegawai pegawai BTP tersebut…keadaan yang tidak telus ini juga boleh menutup terus peluang usahawan lain yang lebih layak dan berkemampuan untuk memasuki tender secara adil. perkara ini perlu disiasat kerana lambat laun yang menjadi mangsa adalah generasi yang berada di sekolah kerana mutu kualiti product tersebut tidak akan mencapai taraf yang dikehendaki.

Got something to say?