Corat Coret PBAKL 2008 : Meriah! Memang Meriah!

April 9, 2008

Alhamdulillah hari ini saya berkesempatan untuk berada di hadapan komputer riba saya untuk berkongsi pandangan dan maklumat dunia penulisan dan buku. Apabila disebut dunia buku, sekarang adalah waktu dan ketika yang dipanggil pesta peminat buku dan penerbit buku. Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008 (PBAKL).

Sejak tanggal 3 April 2008, saya sibuk mengendalikan urusan di bawah PBAKL 2008 ini. Sebagai salah seorang daripada penggerak PBAKL kesibukan ini membawa hingga  ke hari akhir iaitu pada 13 April 2008. Keluar jam 7.30 pagi dari rumah, sampai ke rumah kam 12 malam. Itulah rutin saya setiap hari pada ketika ini. Boleh mengadap komputer pun pada jam 4.30 pagi. Kemudian ia berulang kembali.

Walaubagaimanapun, penat lelah menguruskan gerak kerja PBAKL ini terubat apabila melihat kehadiran pengunjung yang berpusu-pusu setiap hari. Pada hari pertama sahaja PBAKL mencatatkan kehadiran melebihi 100 ribu orang. Pada hari semalam, saya mendapat maklumat catatan 4 hari pertama adalah 839,000 orang pelawat. Meriah! Memang meriah!

Kehadiran ini menyangkal pandangan dan persepsi orang mengatakan orang Malaysia tidak suka buku dan tidak baca buku. Pada mulanya pihak kami agak risau apabila tarikh PBAKL 2008 ini tidak bertembung dengan mana-mana cuti umum. Tidak seperti tahun lepas yang mana bertembung dengan cuti hari pekerja dan Maulidur Rasul. Sangkaan ini meleset, kemeriahan PBAKL tetap berterusan.

Gambar dipetik daripada Studio Madani

Hasil Tulisan :

Fauzul Na'im Ishak
Pengarah & Jurulatih
Akademi Penulis Karya Bestseller
fauzul@bookpro.my

Artikel Terkini Daripada Setiap Kategori

Artikel Lain Dalam Kategori Coretan

Bookmark Artikel Ini :
  • Digg
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • Facebook
  • Google
  • YahooMyWeb

Comments

One Response to “Corat Coret PBAKL 2008 : Meriah! Memang Meriah!”

  1. yasir maqosid on April 11th, 2008 11:10 am

    Tahniah, atas terselenggaranya PBAKL 2008, sayangnya Pustaka Al-Kautsar tidak ikut event tersebut.

Got something to say?