Cara Menulis Yang Baik Adalah Dengan Keluar Daripada ‘Mode Penulis’

February 18, 2007 by Fauzul Naim Ishak  
Filed under Teknik

Tentu ramai yang pelik apabila membaca tajuk entri ini. Cara menulis yang baik adalah dengan keluar daripada ‘mode penulis’. Apabila kita bercerita dengan sahabat semasa bersarapan ataupun masa lapang, pelbagai topik yang dibincangkan. Ada topik serius, ada humor dan ada sedih. Kesemuanya itu diceritakan dalam bentuk kata-kata yang kita saling memahami. Apabila sedih kita boleh menangis, apabila lucu kita boleh ketawa dan apabila seram kita berasa takut.

Namun begitu apabila kita menulis, segala apa yang kita berjaya sampaikan sewaktu kita berbicara ataupun bercerita dengan sahabat kita tadi tidak sepertinya. Mengapa? Ini bezanya apabila kita cuba menggunakan ‘mode penulis’ dalam penulisan kita. Habis itu bagaimana? Kita perlu guna ‘mode pencerita’. Kita tulis karya sepertimana kita bercerita dengan sahabat kita tadi. Penuh perasaan, penuh emosi dan penuh dramatik. Apabila pembaca membaca karya sebegini, dia berasa dirinya dekat dengan kita dan tentunya mereka baca berterusan seperti mendengar sahabatnya bercerita.

Anda bagaimana? Mari jadikan diri pencerita yang baik.

Hasil Perkongsian :

Fauzul Naim Ishak
Pengasas/Mentor Utama
AkademiPenulis.Com : Transformasi Dunia Dengan Perkataan
fauzul@bookpro.my

Terkini Dari Setiap Kategori

Artikel Lain Dalam Kategori Teknik

Share and Enjoy:
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google

Comments

6 Responses to “Cara Menulis Yang Baik Adalah Dengan Keluar Daripada ‘Mode Penulis’”

  1. mas on May 24th, 2007 1:51 pm

    Bagaimana pula hendak menjadi pencerita yang baik dalam penulisan? Ketika bercerita, saya selalu mencampur adukkan bahasa, disertakan dengan mimik muka dan pergerakan badan. PTS pula menekankan penggunaan bahasa Melayu tinggi, dan bahasa begini tidak saya gunakan dalam perbualan atau ketika bercerita kepada orang lain.

    Ada panduan untuk situasi ini. Terima kasih.

  2. Fauzul Naim on May 24th, 2007 9:18 pm

    Tulis dahulu dan tunjukkan kepada kami. Bagi kami lihat dulu tulisan saudari. Baru tahu bagaimana.

  3. fatih akiyel on May 28th, 2007 12:42 pm

    berarti kalau kita mau menjadi penulis, kita harus seperti bercerita ama teman dan orang. Namun keluar dari mode penulis apa kita harus buat kayak cerita-cerita pendek, sedang kita tahu bahwa kita ingin nulis tentang suatu pengamatan kita dan penelitian kita untuk ditulis?

  4. Fauzul Naim on May 28th, 2007 6:23 pm

    Begini mas! Kita boleh bercerita banyak perkara daripada perkara politik kepada cerita humor. Daripada yang paling serius kepada perkara paling gampang. Kesemuanya boleh dibuat apabila berbicara dengan rakan-rakan. Enggak begitu mas?

    Tidak kira apa. Jika mas mahu buatkan cerita-cerita pendek terserah. Jika mahu tulis panjang-panjang pun enggak apa. Terserah kepada cara mas.

  5. Muzlina on August 13th, 2007 12:13 pm

    Saya mempunyai satu novel yang saya ingin sangat beberapa pihak yang pakar baca dan memberi komen dan mungkin juga untuk diterbitkan jika ianya cukup bagus. Bolehkah saudara membantu saya?

  6. Fauzul Naim Ishak on August 13th, 2007 12:42 pm

    Tidak ada masalah, hantarkan sahaja kepada jurulatih@akademipenulis.com ataupun fauzuln@pts.com.my. Saya amat berminat hendak membacanya.

Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!