Bumbu-bumbu Menarik Penulisan Melalui Kisah-kisah
September 8, 2007 Oleh Fauzul Naim Ishak
Filed under Teknik
Apabila kita membaca karya-karya daripada Barat. Kita berasa seolah-olah kita yang menjadi sebahagian kajian kes penulisan mereka. Apabila membaca satu bab, berasa seperti kita berada di dalam penulisan mereka. Karya-karya tulisan Anthony Robbins, Stephen Covey dan Jack Canfield adalah antara koleksi penulisan yang saya kagumi. Tulisan mereka amat membumi.
Apakah rahsia mereka?
Mereka banyak menyertakan bumbu-bumbu menarik yang menjadikan karya mereka ‘lazat’ untuk dimakan. Apakah bumbu-bumbu itu? Kisah dan pengalaman orang lain. Kisah-kisah diselitkan menyebabkan kita terbuai dengan penataan ceritanya. Pengalaman orang-orang sekeliling menjadikan kita sebahagian daripada mereka.
Kita di Malaysia tidak kurang cerita yang boleh diselitkan dalam penulisan. Kisah-kisah kejayaan, kegemilangan dan sebagainya boleh dijadikan bumbu menarik dalam penulisan. Tambahan lagi kisah-kisah nabi, rasul, para sahabat, kisah daripada Quran menjadikan karya kita dekat dengan hati pembaca. Karya yang baik adalah 30% kisah dan 70% non fiksyen. Bukankah Al-Quran Maha Karya yang penuh dengan cerita?
Hasil Perkongsian :Fauzul Naim Ishak
Pengasas/Mentor Utama
AkademiPenulis.Com : Transformasi Dunia Dengan Perkataan
fauzul@bookpro.my
Terkini Dari Setiap Kategori
- Aktiviti/Pengumuman: Seminar Jana Wang Dengan Menulis 17 Januari 2009 - August 10th, 2008
- Dari Pejabat Akademi: Hotel Vistana Kuala Lumpur, Tempat Berlangsungnya Seminar Jana Wang Dengan Menulis 17 Januari 2009 - August 21st, 2008
- Jadi Bestseller: Pengarang Tempatan VS Pengarang Antarabangsa - May 13th, 2008
- Motivasi: Temu Ramah Eksklusif Bersama Tuan Haji Ahmad Fadzli Yusof - August 22nd, 2008
- MQ TV: [VIDEO] Ceramah Pelesenan Hak Cipta di PBAKL 2008 Episod 2 - May 16th, 2008
- Teknik: Memberi Makna Kepada Penulisan - January 18th, 2008
- Utama: Temu Ramah Eksklusif Bersama Tuan Haji Ahmad Fadzli Yusof - August 22nd, 2008
Artikel Lain Dalam Kategori Teknik
- Memberi Makna Kepada Penulisan - January 18th, 2008
- Konsep Berdasarkan Tujuan - January 11th, 2008
- Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Konsep Buku? - November 28th, 2007
- Perkara Teknik Untuk Pembaca Yang Berfikir - November 21st, 2007
- Tip Menulis 3 : Cari & Jumpa Penerbit - November 5th, 2007












Hurm. Saya kena banyak berlatih menyediakan bumbu-bumbu dalam masakan saya lepas ni.
Assalamualikum,
Tumpang tanya, bumbu tu amende?
Hurm. Bumbu tu maksudnya adalah perencah-perencah yang digunakan untuk menyedapkan masakan. Contohnya rempah ratus, cabai, halia dan lain-lain lagi.
Ohh.. kas-kas rupanya…kami nothern region mana tau,
ok tq so much azree.