Bolehkah Saya Menjadi Seorang Penulis?

Dalam siri bengkel yang pernah saya kendalikan di seluruh Malaysia persoalan kelayakan menjadi penulis sering ditanya. Ramai yang masih ragu dan tidak yakin mereka boleh menjadi seorang penulis. Ada yang berkata mereka tidak ada idea, tidak ada bakat, tatabahasa tidak elok, karangan bahasa Melayu semasa menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tidak bagus hanya dapat kredit sahaja dan pelbagai tanggapan lagi.

Persoalan beginilah menyebabkan mereka yang sudah berada di meja tulis ataupun depan komputer bersedia menulis terus bangun dan lupakan hasrat tersebut. Pengalaman saya menjadi penerbit, saya menerima pelbagai jenis manuskrip daripada pelbagai latar belakang penulis. Karya penulis yang pertama kali menulis. MasyaAllah! Memang ‘kotor’.

Kotor di sini bukannya bermaksud penuh dengan kekotoran fizikal, tetapi kekotoran daripada sudut bahasa. Namun begitu kekotoran itu semakin berkurang apabila si pengarang tersebut mengarang buku kedua, ketiga dan buku seterusnya. Yakin dan percayalah pada hasil karangan buku ketiga dan ke atas, buku karangan anda akan sampai tahap hampir sempurna.

Saya selalu ingatkan kepada pengarang, kerja membetulkan bahasa bukan kerja pengarang. Itu adalah kerja penyunting yang digajikan oleh penerbit. Biarlah karya anda amat ‘kotor’ sekalipun, mereka akan membantu anda membersihkannya. Memang kerja editor begitu. Apakah anda fikir bahawa pengarang bestseller dan bagus sekarang karya pertamanya sempurna? Tidak sama sekali. Tidak percaya? Boleh tanya diri mereka secara terus.

Apa lagi? Berkaryalah dan hantarkan kepada penerbit!

Comments

  1. Indah Hairani says:

    Assalamualaikum, pertama tahniah atas usaha akademik untuk membawa penulis dan bakal penulis keluar dari kepompomg lama. Sebagai orang yang baru bertatih, ia sangat memberi panduan untuk terus melangkah. Saya sangat tertarik dengan kata-kata sdr. jurulatih, “Biarlah karya anda amat ‘kotor’ sekalipun, mereka akan membantu anda membersihkannya” Sebelum ini, Perhatian kepada bahasa telah membuat kita menggunakan waktu yang sangat banyak. Menyemak berkali-kali penggunaan laras bahasa juga amat meletihkan. Terima kasih.

  2. Fauzul Naim says:

    Terima kasih di atas sokongan yang diberikan kepada Akademi Karya Bestseller. Pihak kami mengalu-alukan sebarang pandangan bagi memantapkan lagi laman ini. Terima kasih sekali lagi.

  3. bagaimana untuk menerbitkan buku akademik,cerita dll. saya sudah menulis buku-buku berbentuk tersebut.

  4. Fauzul Naim says:

    Emailkan kepada pihak kami manuskrip Tuan bagi proses penilaian. Daripada itu pihak kami akan menghubungi Tuan bagi proses seterusnya. Boleh terus emailkan kepada ikram@pts.com.my ataupun nurulhafizah@pts.com.my

  5. salbiah salleh says:

    Salam

    Saya pn berminat utk menulis tapi tulis buku masakan, ok tk?

    sekian, terima kasih.

  6. Nisak Shukry says:

    Salam,

    Sebenarnya minat saya lebih kepada cuba untuk memberi perangsang kepada orang ramai dan secara tak langsung diri saya sendiri (merasa/membina bahagia adalah topik kegemaran saya). “Kepakaran” saya mungkin dari segi percakapan tetapi tidak pernah saya tuliskan. Bila saya lihat tiada ruang bagi saya untuk jadi seperti Ellen DeGenerous sepertimana di dalam “talk show” nya, saya terdetik untuk mencuba dalam bidang penulisan ini. Pada saya, apalah salahnya berkongsi rasa bahagia, atau setidak-tidaknya menyedarkan masyarakat tetang peri pentingnya rasa bahagia yang hakiki untuk menjana insan yang lebih berjaya di dunia dan akhirat.

    Tetapi, bagaimana harus saya mulakan ye? Baru-baru ini saya ada menulis blog yang bertajuk Wanita Versatile, tapi saya tak yakin dengan penulisan tersebut.

    Sila beri tunjuk ajar. Terima kasih.

  7. mohd khairul fahmi says:

    salam, setelah membaca buku ‘buat duit dengan menulis’ karya Jeniri Amir, membuatkan saya begitu bersemangat untuk menulis.tetapi malangnya saya selalu berangan-angan sahaja.macam-macam idea datang namun berlalu dan dilupakan. bagaimanakah untuk menyuntik motivasi untuk menulis.

  8. Saudari,

    Pihak kami menganjurkan pelbagai kursus penulisan dalam pelbagai jenis penulisan. Khusus buat Saudari, saya cadangkan Tuan menghadiri program PENULIS SUPER yang terdiri daripada dua program iaitu Seminar Jana Wang Dengan Menulis (20 Jun 2009) dan Bengkel Praktikal Penulis Bestseller (18 & 19 Julai 2009). Kedua-dua program ini amat sesuai untuk orang yang baru dan sudah lama dalam bidang penulisan serta ingin tahu bagaimana menjadikan penulisan sebagai sebuah kerjaya.

    Maklumat lanjut boleh diperoleh di laman web rasmi program Penulis Super di http://www.janawangdenganmenulis.com

  9. mr.7 says:

    saya suka menulis, dahulu idea idea untuk membentuk sebarang garapan dari minda saya selalu saya abaikan, biarkan ia bersawang namun belakangan ini terlalu banyak perkara ingin saya lontarkan keluar dari minda ini. saya suka menulis tetapi setiap apa yang saya coretkan pasti melibatkan bahasa bahasa puitis. saya cuba lari dari corak penulisan yang sedemikian tetapi saya tidak boleh. adakah cara penulisan saya yang sedemiian adalah cara yang sihat?

Speak Your Mind

*