Bolehkah Saya Menjadi Seorang Penulis?

February 26, 2007 Oleh Fauzul Naim Ishak  
Filed under Motivasi

Dalam siri bengkel yang pernah saya kendalikan di seluruh Malaysia persoalan kelayakan menjadi penulis sering ditanya. Ramai yang masih ragu dan tidak yakin mereka boleh menjadi seorang penulis. Ada yang berkata mereka tidak ada idea, tidak ada bakat, tatabahasa tidak elok, karangan bahasa Melayu semasa menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tidak bagus hanya dapat kredit sahaja dan pelbagai tanggapan lagi.

Persoalan beginilah menyebabkan mereka yang sudah berada di meja tulis ataupun depan komputer bersedia menulis terus bangun dan lupakan hasrat tersebut. Pengalaman saya menjadi penerbit, saya menerima pelbagai jenis manuskrip daripada pelbagai latar belakang penulis. Karya penulis yang pertama kali menulis. MasyaAllah! Memang ‘kotor’.

Kotor di sini bukannya bermaksud penuh dengan kekotoran fizikal, tetapi kekotoran daripada sudut bahasa. Namun begitu kekotoran itu semakin berkurang apabila si pengarang tersebut mengarang buku kedua, ketiga dan buku seterusnya. Yakin dan percayalah pada hasil karangan buku ketiga dan ke atas, buku karangan anda akan sampai tahap hampir sempurna.

Saya selalu ingatkan kepada pengarang, kerja membetulkan bahasa bukan kerja pengarang. Itu adalah kerja penyunting yang digajikan oleh penerbit. Biarlah karya anda amat ‘kotor’ sekalipun, mereka akan membantu anda membersihkannya. Memang kerja editor begitu. Apakah anda fikir bahawa pengarang bestseller dan bagus sekarang karya pertamanya sempurna? Tidak sama sekali. Tidak percaya? Boleh tanya diri mereka secara terus.

Apa lagi? Berkaryalah dan hantarkan kepada penerbit!

Hasil Perkongsian :

Fauzul Naim Ishak
Pengasas/Mentor Utama
AkademiPenulis.Com : Transformasi Dunia Dengan Perkataan
fauzul@bookpro.my

Terkini Dari Setiap Kategori

Share and Enjoy:
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google

Diskusi

4 Responses to “Bolehkah Saya Menjadi Seorang Penulis?”

  1. Indah Hairani on March 27th, 2007 8:34 am

    Assalamualaikum, pertama tahniah atas usaha akademik untuk membawa penulis dan bakal penulis keluar dari kepompomg lama. Sebagai orang yang baru bertatih, ia sangat memberi panduan untuk terus melangkah. Saya sangat tertarik dengan kata-kata sdr. jurulatih, “Biarlah karya anda amat ‘kotor’ sekalipun, mereka akan membantu anda membersihkannya” Sebelum ini, Perhatian kepada bahasa telah membuat kita menggunakan waktu yang sangat banyak. Menyemak berkali-kali penggunaan laras bahasa juga amat meletihkan. Terima kasih.

  2. Fauzul Naim on March 27th, 2007 12:46 pm

    Terima kasih di atas sokongan yang diberikan kepada Akademi Karya Bestseller. Pihak kami mengalu-alukan sebarang pandangan bagi memantapkan lagi laman ini. Terima kasih sekali lagi.

  3. hamzah samsudin on October 18th, 2007 7:07 am

    bagaimana untuk menerbitkan buku akademik,cerita dll. saya sudah menulis buku-buku berbentuk tersebut.

  4. Fauzul Naim on October 21st, 2007 9:05 pm

    Emailkan kepada pihak kami manuskrip Tuan bagi proses penilaian. Daripada itu pihak kami akan menghubungi Tuan bagi proses seterusnya. Boleh terus emailkan kepada ikram@pts.com.my ataupun nurulhafizah@pts.com.my

Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!