Bilakah Masa Sesuai Menulis?

April 18, 2007 Oleh Fauzul Naim Ishak  
Filed under Motivasi

Ramai yang bertanya soalan ini kepada saya. Jawapan saya, bila-bila masa. Biar betul!! Betul…! Menulis ini sebenarnya bergantung kepada kehendak dan perasaan masing-masing. Apabila terasa ingin menulis pada waktu pagi, bangun awal dan mula menulis pada waktu tersebut.

Apabila terasa ingin menulis pada waktu malam, tidurkan anak-anak lebih awal dan mula menulis. Kesemuanya berdasarkan perasaan masing-masing. Bagi saya, waktu yang paling kondusif adalah pada awal pagi. Sebaik sahaja solat sunat tahajjud, mulakan penulisan hingga masuk waktu subuh. Kemudian selepas berwirid dan membaca Quran, sambung sedikit lagi dan berhenti. Bersiap sedia untuk ke pejabat.

Bilakah masa yang anda rasa sesuai untuk diri anda? Itulah masa terbaik menulis buat diri anda.

Hasil Perkongsian :

Fauzul Naim Ishak
Pengasas/Mentor Utama
AkademiPenulis.Com : Transformasi Dunia Dengan Perkataan
fauzul@bookpro.my

Terkini Dari Setiap Kategori

Share and Enjoy:
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google

Diskusi

2 Responses to “Bilakah Masa Sesuai Menulis?”

  1. Alang Kelana on April 21st, 2007 10:02 pm

    Jika keinginan sudah ada dan masa mengizinkan, tiada lagi yang dapat menghalang seseorang daripada aktiviti menulis.

  2. Fauzul Naim on April 22nd, 2007 11:50 am

    Sebenarnya bergantung kemahuan. Bila ada mahu tentu ada jalan. Saya sokong apa En. Alang kata

Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!