Berwarna Warni Dengan Rempah Ratus Penulisan

September 7, 2007 by Fauzul Naim Ishak  
Filed under Teknik

Sesiapa yang selalu mengunjungi laman ini pasti mengatakan saya ini sudah semakin malas menulis di dalam ruangan ini. Bukan begitu, memang kesibukan semakin menjadi-jadi dari hari ke hari. Daripada urusan pejabat, bisnes online hinggalah kepada urusan PBAKL 2008. Semua ini mencengkam masa saya. Walaubagaimanapun ORANG SIBUK SAHAJA YANG ADA MASA kan?

Kita kembali berbincang mengenai warna warni penulisan. Apakah yang mewarnakan penulisan? Sebelum ini saya ada berkongsi mengenai bahagian-bahagian dalam penulisan iaitu prakata, isi kandungan, isi bab dan sebagainya. Warna-warni penulisan wujud apabila kita menstrukturkan karya tulisan kita.

Apakah yang dikatakan penulisan berstruktur?

Penulisan berstruktur adalah seni penulisan pada pandangan saya amat memudahkan penulisan. Bagaimana menstrukturkan penulisan? Dengan merancang penulisan tersebut. Apabila kita hendak menulis kita perlu lihat apakah bahan-bahan yang kita ingin masukkan ke dalam karya kita? Antara yang biasa orang buat selain daripada isi bab adalah kata-kata hikmat daripada orang ternama. Ha!! Ini antara contoh rempah ratus yang mewarnai penulisan.

Bukan sekadar kata-kata hikmat yang boleh dimasukkan. Antaranya yang boleh dimasukkan adalah :

  • Kisah-kisah sejarah seperti para pemikir terdahulu, kisah nabi, kisah sahabat dan sebagainya
  • Pengalaman hidup kita
  • Tip-tip tambahan
  • Tip-tip praktikal
  • dan banyak lagi.

Kesemua ini memberikan warna kepada penulisan kita. Orang membaca buku kita tidak akan berasa bosan sebab ada bumbu-bumbu menarik yang merangsang minda mereka. Tidaklah hanya teks sahaja. Nanti kita sambung lagi….

Hasil Perkongsian :

Fauzul Naim Ishak
Pengasas/Mentor Utama
AkademiPenulis.Com : Transformasi Dunia Dengan Perkataan
fauzul@bookpro.my

Terkini Dari Setiap Kategori

Artikel Lain Dalam Kategori Teknik

Share and Enjoy:
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google

Comments

Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!