Bengkel Rekaan Grafik Buku & Penerbitan Ilmiah (Perekaan Penerbitan) di IAB Bermula

Akademi Penulis Sdn. Bhd. dilantik sebagai perunding dan pengendali Bengkel Rekaan Grafik Buku & Penerbitan Ilmiah (Perekaan Penerbitan) di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands, Bentong Pahang. Pasukan Akademi Penulis diketuai Puan Nurulhilyati, Pengarah Eksekutif Akademi Penulis dengan diiringi oleh saudara Abdul Qahhar Mohd Noor, Eksekutif Pemasaran (Latihan).

Bengkel hari pertama yang meliputi dua modul dikendalikan oleh jurulatih Akademi Penulis saudara Mohd Ikram Wazir yang juga Pemangku Pengurus PTS Millennia Sdn. Bhd. Kehadiran hari pertama hanya sekitar 12 orang sahaja kerana masih ada peserta yang masih dalam perjalanan.

Bengkel ini adalah bengkel 3 hari. Ia berakhir pada hari 1 Julai 2009.

About Pentadbir Akademi Penulis
Akademi Penulis Sdn. Bhd. (Akademi Penulis) adalah sebuah syarikat milik penuh bumiputera yang mengkhusus dalam bidang latihan dan pembangunan penulis. Dahulunya Akademi Penulis bermula daripada sebuah laman blog www.akademipenulis.com milik En. Fauzul Na’im Ishak. Beliau adalah seorang penerbit buku, penulis dan jurulatih pembangunan penulis. Di blog ini dikongsikan pengalaman harian beliau berkecimpung dalam bidang penulisan dan penerbitan buku. Blog itu dinaik taraf menjadi portal akademi virtual dan menawarkan kursus dalam bidang penulisan di bawah jenama syarikat, B Pro Management & Training. Bermula 10 Mac 2009, Akademi Penulis sudah berstatus Sdn. Bhd. Akademi Penulis dibangunkan di bawah satu sistem latihan bersepadu gabungan kepakaran para pakar dalam industri buku Malaysia. Para mentor dan jurulatih Akademi Penulis adalah di kalangan pengamal industri. Ini berbeza dengan program pembangunan penulis lain yang dianjurkan oleh para ahli akademik. Mereka ini mempunyai ilmu akademi yang tinggi tetapi tidak pernah mengaplikasikannya. Kami di Akademi Penulis adalah dari kalangan orang yang mengamal dan terjun secara langsung dalam bidang ini. Mengetahui pahit maung dunia penulisan dan penerbitan buku. Taktik, strategi, kaedah pemasaran, kaedah penulisan dan apa sahaja di sini sudah diuji keberkesanannya.

Speak Your Mind

*