Bengkel Penulisan Umum Dewan Bahasa & Pustaka Brunei

Nov ’09
16
8:30 AM

Akademi Penulis dilantik sebagai pengendali Bengkel Penulisan Umum Dewan Bahasa & Pustaka Brunei berdasarkan butiran berikut :

  • Tarikh : 16 hingga 19 November 2009
  • Tempat : Dewan Bahasa & Pustaka Brunei, Brunei Darussalam
  • Masa : (tertakluk kepada ketetapan penganjur)

En. Fauzul Na’im Ishak, jurulatih utama Akademi Penulis akan mengendalikan bengkel ini di sana. Sebarang pertanyaan mengenai bengkel ini boleh rujuk kepada Dewan Bahasa & Pustaka Brunei melalui email hurulain_dbp@hotmail.com

About Pentadbir Akademi Penulis
Akademi Penulis Sdn. Bhd. (Akademi Penulis) adalah sebuah syarikat milik penuh bumiputera yang mengkhusus dalam bidang latihan dan pembangunan penulis. Dahulunya Akademi Penulis bermula daripada sebuah laman blog www.akademipenulis.com milik En. Fauzul Na’im Ishak. Beliau adalah seorang penerbit buku, penulis dan jurulatih pembangunan penulis. Di blog ini dikongsikan pengalaman harian beliau berkecimpung dalam bidang penulisan dan penerbitan buku. Blog itu dinaik taraf menjadi portal akademi virtual dan menawarkan kursus dalam bidang penulisan di bawah jenama syarikat, B Pro Management & Training. Bermula 10 Mac 2009, Akademi Penulis sudah berstatus Sdn. Bhd. Akademi Penulis dibangunkan di bawah satu sistem latihan bersepadu gabungan kepakaran para pakar dalam industri buku Malaysia. Para mentor dan jurulatih Akademi Penulis adalah di kalangan pengamal industri. Ini berbeza dengan program pembangunan penulis lain yang dianjurkan oleh para ahli akademik. Mereka ini mempunyai ilmu akademi yang tinggi tetapi tidak pernah mengaplikasikannya. Kami di Akademi Penulis adalah dari kalangan orang yang mengamal dan terjun secara langsung dalam bidang ini. Mengetahui pahit maung dunia penulisan dan penerbitan buku. Taktik, strategi, kaedah pemasaran, kaedah penulisan dan apa sahaja di sini sudah diuji keberkesanannya.

Speak Your Mind

*