Bengkel Penulisan Popular Islami IKIM 2012 Melahirkan 90 Penulis Baru

Tuan Fauzul Naim Ishak, presiden FINE Training Academy buat kedua kali diberikan penghormatan oleh Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) bagi mengendalikan dua slot dalam Bengkel Penulisan Popular Islami yang berlangsung pada hari Sabtu, 31 Mac 2012. Bengkel 2 hari anjuran IKIM ini menggabungkan beberapa tokoh dunia penulisan dan penerbitan buku Malaysia. Tokoh-tokoh tersebut adalah Tuan Abdul Latip Talib, pengarang novel sejarah nombor 1 Malaysia, Tuan Fauzul Na’im Ishak, pengarah penerbitan PTS Media Group Sdn Bhd (merangkap Presiden FINE Training Academy) dan Tuan Pahrol Md Juoi, pengarang dan ketua editor Majalah Solusi.

Sesi aktiviti dalam bengkel penulisan di IKIM

Sesi aktiviti dalam bengkel penulisan di IKIM

Selepas ini IKIM akan mengadakan satu lagi sesi bengkel serupa di De Rhu Beach Resort bersama Jabatan Agama Islam Pahang. Semoga dunia perbukuan dan penulisan Islami semakin harmoni dengan buku-buku berkualiti dalam pasaran di Malaysia khususnya dan dunia amnya.