Bengkel Penulisan Politeknik Johor Bahru Berjaya Dengan Cemerlang

Akademi Penulis berjaya menganjurkan Bengkel Sehari Penulisan Ilmiah dengan kerjasama Politeknik Johor Bahru pada 6 Mac 2010. Ia dihadiri oleh 32 orang peserta daripada kalangan para pensyarah Politeknik Johor Bahru. Bengkel sehari ini dikendalikan oleh jurulatih utama Akademi Penulis, Tuan Fauzul Na’im Ishak.

Para peserta Bengkel Sehari Penulisan Ilmiah Politeknik Johor Bahru bersama Tuan Fauzul

About Pentadbir Akademi Penulis
Akademi Penulis Sdn. Bhd. (Akademi Penulis) adalah sebuah syarikat milik penuh bumiputera yang mengkhusus dalam bidang latihan dan pembangunan penulis. Dahulunya Akademi Penulis bermula daripada sebuah laman blog www.akademipenulis.com milik En. Fauzul Na’im Ishak. Beliau adalah seorang penerbit buku, penulis dan jurulatih pembangunan penulis. Di blog ini dikongsikan pengalaman harian beliau berkecimpung dalam bidang penulisan dan penerbitan buku. Blog itu dinaik taraf menjadi portal akademi virtual dan menawarkan kursus dalam bidang penulisan di bawah jenama syarikat, B Pro Management & Training. Bermula 10 Mac 2009, Akademi Penulis sudah berstatus Sdn. Bhd. Akademi Penulis dibangunkan di bawah satu sistem latihan bersepadu gabungan kepakaran para pakar dalam industri buku Malaysia. Para mentor dan jurulatih Akademi Penulis adalah di kalangan pengamal industri. Ini berbeza dengan program pembangunan penulis lain yang dianjurkan oleh para ahli akademik. Mereka ini mempunyai ilmu akademi yang tinggi tetapi tidak pernah mengaplikasikannya. Kami di Akademi Penulis adalah dari kalangan orang yang mengamal dan terjun secara langsung dalam bidang ini. Mengetahui pahit maung dunia penulisan dan penerbitan buku. Taktik, strategi, kaedah pemasaran, kaedah penulisan dan apa sahaja di sini sudah diuji keberkesanannya.

Comments

  1. Mohd.Hazani Mahadi says:

    Tuan,
    Bilakah bengkel penulisan seumpama ini akan diadakan di Kelantan Darul Naim ?

  2. arifen asmadi says:

    Terima kasih atas segala info. Tahniah ! Semoga Akademi Penulis terus mengorak langkah maju.

  3. azmi b. yaakob says:

    Salam… Saya tinggal di Pantai Timur, agak jauh untuk mengikuti Bengkel Penulisan tuan yang biasa di buat di Pantai Barat. Saya ingin syorkan agar tuan dapat mengadakan Bengkel Penulisan ini di Kota Bharu atau K Terengganu pada masa depan.. sekian.. TK.

Speak Your Mind

*