Bengkel Penulisan Intensif Laporan Tahunan Bahagian Pengurusan Maklumat Kementerian Kesihatan Malaysia Di Seri Dinar, Janda Baik, Bentong, Pahang

Pasukan Akademi Penulis, En. Fauzul Na’im Ishak dan En. Najib M Noor berada di Seri Dinar Training Retreat, Janda Baik, Bentong, Pahang bagi mengendalikan bengkel Penulisan Intensif Laporan Tahunan, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Kesihatan Malaysia. Seramai 20 orang peserta di kalangan pegawai tertinggi Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), Kementerian Kesihatan Malaysia berkampung di sini selama 4 hari 3 malam bermula 24 hingga 27 Mac 2009.

Bengkel ini adalah kesinambungan daripada bengkel yang pertama diadakan di Palm Garden, Putrajaya bulan Februari yang lalu. Sasaran bengkel kedua ini adalah bagi menyiapkan satu manuskrip laporan tahunan BPM bagi tahun 2009. Di bawah dikongsikan koleksi gambar hari pertama dan kedua bengkel.

About Pentadbir Akademi Penulis
Akademi Penulis Sdn. Bhd. (Akademi Penulis) adalah sebuah syarikat milik penuh bumiputera yang mengkhusus dalam bidang latihan dan pembangunan penulis. Dahulunya Akademi Penulis bermula daripada sebuah laman blog www.akademipenulis.com milik En. Fauzul Na’im Ishak. Beliau adalah seorang penerbit buku, penulis dan jurulatih pembangunan penulis. Di blog ini dikongsikan pengalaman harian beliau berkecimpung dalam bidang penulisan dan penerbitan buku. Blog itu dinaik taraf menjadi portal akademi virtual dan menawarkan kursus dalam bidang penulisan di bawah jenama syarikat, B Pro Management & Training. Bermula 10 Mac 2009, Akademi Penulis sudah berstatus Sdn. Bhd. Akademi Penulis dibangunkan di bawah satu sistem latihan bersepadu gabungan kepakaran para pakar dalam industri buku Malaysia. Para mentor dan jurulatih Akademi Penulis adalah di kalangan pengamal industri. Ini berbeza dengan program pembangunan penulis lain yang dianjurkan oleh para ahli akademik. Mereka ini mempunyai ilmu akademi yang tinggi tetapi tidak pernah mengaplikasikannya. Kami di Akademi Penulis adalah dari kalangan orang yang mengamal dan terjun secara langsung dalam bidang ini. Mengetahui pahit maung dunia penulisan dan penerbitan buku. Taktik, strategi, kaedah pemasaran, kaedah penulisan dan apa sahaja di sini sudah diuji keberkesanannya.

Speak Your Mind

*