Bengkel Penulisan Ilmiah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2 hingga 3 Ogos 2009

Aug ’09
3
9:00 AM

Pihak Akademi Penulis Sdn. Bhd. dilantik sebagai perunding dan pengendali Bengkel Penulisan Ilmiah Universiti Teknologi Tun Hussein Onn Malaysia berdasarkan butiran berikut :

  • Tarikh : 2 hingga 3 Ogos 2009
  • Masa : 8.30 pagi hingga 6.00 petang
  • Anjuran : Jabatan Penerbitan, UTHM

About Pentadbir Akademi Penulis
Akademi Penulis Sdn. Bhd. (Akademi Penulis) adalah sebuah syarikat milik penuh bumiputera yang mengkhusus dalam bidang latihan dan pembangunan penulis. Dahulunya Akademi Penulis bermula daripada sebuah laman blog www.akademipenulis.com milik En. Fauzul Na’im Ishak. Beliau adalah seorang penerbit buku, penulis dan jurulatih pembangunan penulis. Di blog ini dikongsikan pengalaman harian beliau berkecimpung dalam bidang penulisan dan penerbitan buku. Blog itu dinaik taraf menjadi portal akademi virtual dan menawarkan kursus dalam bidang penulisan di bawah jenama syarikat, B Pro Management & Training. Bermula 10 Mac 2009, Akademi Penulis sudah berstatus Sdn. Bhd. Akademi Penulis dibangunkan di bawah satu sistem latihan bersepadu gabungan kepakaran para pakar dalam industri buku Malaysia. Para mentor dan jurulatih Akademi Penulis adalah di kalangan pengamal industri. Ini berbeza dengan program pembangunan penulis lain yang dianjurkan oleh para ahli akademik. Mereka ini mempunyai ilmu akademi yang tinggi tetapi tidak pernah mengaplikasikannya. Kami di Akademi Penulis adalah dari kalangan orang yang mengamal dan terjun secara langsung dalam bidang ini. Mengetahui pahit maung dunia penulisan dan penerbitan buku. Taktik, strategi, kaedah pemasaran, kaedah penulisan dan apa sahaja di sini sudah diuji keberkesanannya.

Comments

  1. tuan

    saya duduk di batu pahat. tapi bukan ahli UTHM. bolehke saya sertai bengkel itu sebagai orang perseorangan? tapi tak nampak pun macam ada buka untuk registration?

    hisham ahmad

  2. Bengkel yang diadakan ini adalah anjuran Unit Penerbitan UTHM. Tuan boleh langsung berhubungan dengan mereka mengenai penyertaan. Terima kasih

Speak Your Mind

*