Bengkel Penulisan Buku Laporan Tahunan PKD Kinta Penuh ‘Tenaga’

Buku Laporan Tahunan merupakan satu identiti bagi sebuah organisasi. Menyedari akan kepentingan Buku Laporan Tahunan ini, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kinta, Perak Darul Ridzuan mengadakan sebuah bengkel penulisan laporan tahunan dengan kerjasama FINE Academy melalui divisyennya, Akademi Penulis.

Peserta bergambar bersama Jurulatih bengkel, Tuan Ikram Wazir

Bengkel ini diadakan di Kolej Kesihatan Bersekutu, Ulu Kinta dan dihadiri seramai 30 orang kakitangan PKD yang terlibat dalam urusan penyediaan laporan serta penyuntingannya. Jurulatih kanan FINE Academy, Tuan Mohd Ikram Muhammad Nor Wazir telah berkongsi dan menyampaikan ilmu dan teknik yang menjadi amalan dalam dunia penulisan laporan tahunan ini.

Sesi LDK

Perbincangan dalam kumpulan

Memandangkan tempoh kursus yang agak singkat diperuntukkan, konsep benchmarking terhadap Laporan Tahunan daripada organisasi lain diguna pakai. Turut dijalankan sesi bedah siat bagi menunjukkan kekuatan dan kelebihan yang boleh diaplikasikan dalam penulisan laporan tahunan mereka.

Peserta meneliti laporan daripada institusi lain

Pesera menyiapkan bahan pembentangan

Pengolahan cerita pada laporan juga turut ditekankan bagi mewujudkan persepsi pembaca. Beberapa teknik penulisan laporan turut dikongsikan bagi memulakan satu-satu laporan. Teknik anekdot, maklumat mengejutkan serta petikan kata-kata orang terkenal diberikan untuk menarik, mengujakan serta menggugah pemikiran pembaca laporan tersebut.

Sesi pembentangan dan analisa

Turut dibantu oleh Jurulatih

Peserta juga dikehendaki melaksanakan latihan dalam kumpulan (LDK) serta sesi pembentangan dan perkongsian dijalankan selepas itu.

Beberapa maklum balas daripada peserta juga dapat dirakamkan seperti :

Mengetengahkan idea baru dalam penyediaan laporan tahunan menggunakan teori dan contoh laporan dari agensi lain untuk dibuat “benchmarking”.

-Mohammad Zamri bin Mohd Zin, PPUP U32, PKD Kinta

Banyak memberi pengetahuan baru dan menyedarkan tentang kesilapan-kesilapan yang biasa dilakukan semasa menulis laporan.

– Dr. Norlaila bt Md Shahari, pegawai perubatan, unit PKS

Dapat menambahkan pengetahuan dalam bidang penulisan laporan dan penggunaan tatabahasa. Banyak yang dapat dipelajari dari percambahan fikiran di antara penceramah dan peserta.

– Raja Azham Shah Bin Raja Bahari, pembantu tadbir w22, PKD Kinta

Mari Berdiskusi Di Sini