Bengkel Penulisan Berita & Rencana 19 hingga 21 Mac 2010

Mar
19
2:30 PM

Akademi Penulis dengan berbesar hati mengumumkan pendaftaran untuk program terbaru kami iaitu Bengkel Penulisan Berita dan Rencana: Menjadi Penulis Berpengaruh di Akhbar dan Majalah dibuka dengan rasminya. Bengkel ini akan diadakan berdasarkan butiran berikut:

  • Tarikh: 19 hingga 21 Mac 2010
  • Masa pendaftaran: 19 Mac 2010(Jumaat) jam 2.30 petang
  • Masa tamat: 21 Mac 2010 (Ahad) jam 6.00 petang
  • Tempat: Hotel Vistana Kuala Lumpur

Bagi para individu yang berminat untuk menyertai program ini, sila daftarkan diri di laman web rasmi program www.penulisanberitarencana.com ataupun hubungi 0136288614 ataupun emelkan kepada latihan@akademipenulis.com

About Pentadbir Akademi Penulis
Akademi Penulis Sdn. Bhd. (Akademi Penulis) adalah sebuah syarikat milik penuh bumiputera yang mengkhusus dalam bidang latihan dan pembangunan penulis. Dahulunya Akademi Penulis bermula daripada sebuah laman blog www.akademipenulis.com milik En. Fauzul Na’im Ishak. Beliau adalah seorang penerbit buku, penulis dan jurulatih pembangunan penulis. Di blog ini dikongsikan pengalaman harian beliau berkecimpung dalam bidang penulisan dan penerbitan buku. Blog itu dinaik taraf menjadi portal akademi virtual dan menawarkan kursus dalam bidang penulisan di bawah jenama syarikat, B Pro Management & Training. Bermula 10 Mac 2009, Akademi Penulis sudah berstatus Sdn. Bhd. Akademi Penulis dibangunkan di bawah satu sistem latihan bersepadu gabungan kepakaran para pakar dalam industri buku Malaysia. Para mentor dan jurulatih Akademi Penulis adalah di kalangan pengamal industri. Ini berbeza dengan program pembangunan penulis lain yang dianjurkan oleh para ahli akademik. Mereka ini mempunyai ilmu akademi yang tinggi tetapi tidak pernah mengaplikasikannya. Kami di Akademi Penulis adalah dari kalangan orang yang mengamal dan terjun secara langsung dalam bidang ini. Mengetahui pahit maung dunia penulisan dan penerbitan buku. Taktik, strategi, kaedah pemasaran, kaedah penulisan dan apa sahaja di sini sudah diuji keberkesanannya.

Comments

  1. zackeye says:

    berminat jika dapat meluangkan masa. Harap dapat maklumkan kos penyertaan. Terima kasih.

  2. Terima kasih Tuan, buat pengetahuan Tuan yurannya adalah RM 1,600.00 dengan penginapan dan RM1,200.00 tanpa penginapan. Maklumat lanjut mengenai perkara ini sudah kita perincikan di laman web rasmi program http://www.penulisanberitarencana.com

  3. farid malik says:

    jika kami tinggal di sekitar kuala lumpur, apakah perlu untuk menginap dihotel itu?
    bukankah kos tanpa penginapan sepatutnya lebih murah dari kos penginapan?

  4. Tuan, tidak menjadi masalah jika tidak menginap. Untuk tanpa penginapan kadarnya adalah RM 1,200 dan dengan penginapan adalah RM 1,600

Speak Your Mind

*