Bengkel Penulis Super Muncul Kembali, Kali Ini Program Edisi Ramadhan

Pihak Akademi Penulis dengan berbesar hati mengumumkan bahawa bengkel penulisan pilihan ramai BENGKEL PENULIS SUPER muncul kembali. Bengkel yang sudah menghasilkan lebih daripada 2,000 orang ini akan diadakan pada 4 & 5 Ogos 2012 di FINE Hall, FINE Academy, 9-1 Jalan Wangsa Setia 3, Kuala Lumpur.

Kepada mereka yang berminat untuk menghadiri program ini sila layari www.akademipenulis.com/penulissuper (KLIK DI SINI). Bersempena program BULAN ILMU, Akademi Penulis memberikan keistimewaan yang tidak pernah ditawarkan di bulan-bulan lain. Sila ke laman web di atas sekarang untuk mengetahui apa yang Tuan dan Puan akan peroleh apabila mendaftar sekarang.

About The Author

Pentadbir Akademi Penulis

Akademi Penulis Sdn. Bhd. (Akademi Penulis) adalah sebuah syarikat milik penuh bumiputera yang mengkhusus dalam bidang latihan dan pembangunan penulis. Dahulunya Akademi Penulis bermula daripada sebuah laman blog www.akademipenulis.com milik En. Fauzul Na’im Ishak. Beliau adalah seorang penerbit buku, penulis dan jurulatih pembangunan penulis. Di blog ini dikongsikan pengalaman harian beliau berkecimpung dalam bidang penulisan dan penerbitan buku. Blog itu dinaik taraf menjadi portal akademi virtual dan menawarkan kursus dalam bidang penulisan di bawah jenama syarikat, B Pro Management & Training. Bermula 10 Mac 2009, Akademi Penulis sudah berstatus Sdn. Bhd. Akademi Penulis dibangunkan di bawah satu sistem latihan bersepadu gabungan kepakaran para pakar dalam industri buku Malaysia. Para mentor dan jurulatih Akademi Penulis adalah di kalangan pengamal industri. Ini berbeza dengan program pembangunan penulis lain yang dianjurkan oleh para ahli akademik. Mereka ini mempunyai ilmu akademi yang tinggi tetapi tidak pernah mengaplikasikannya. Kami di Akademi Penulis adalah dari kalangan orang yang mengamal dan terjun secara langsung dalam bidang ini. Mengetahui pahit maung dunia penulisan dan penerbitan buku. Taktik, strategi, kaedah pemasaran, kaedah penulisan dan apa sahaja di sini sudah diuji keberkesanannya.

Mari Berdiskusi Di Sini